BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Sunday, June 26, 2011

Beza hedonisme dan seni



SITI fikir istilah “seni” kerap disalahgunakan oleh sebahagian besar artis kita. Mereka kata, menyanyi atau berlakon itu satu seni. Memang betul itu seni. Tapi yang tidak betulnya penghayatan mereka tak sampai tahap seni.

Persembahan mereka jauh sekali untuk dilihat sebagai karya seni. Malah pemikiran mereka ketika ditanya wartawan pun tak memperlihatkan ketinggian seni yang diharungi itu.

Kerana itu bagi Siti, mereka ini bukan terlibat dalam seni. Mereka mempromosi budaya hedonisme. Maksud hedonisme ialah hiburan yang melampau dan tak memberi hasil yang baik dari penglibatan itu. Budak-budak Melayu paling teruk dilanda oleh gelombang hedonisme ini. Mereka inilah pengagum program televisyen realiti yang di bawah standard.

Siti perasan gelombang budaya hedonisme ini ketara sekali selepas kemunculan Akademi Fantasia. Budak-budak Melayu termasuk bapa budak dan mak budak terpasung di depan televisyen. Mereka kagum sangat. Ini bukan penghayatan seni.

Memuja budaya hedonisme. Selepas Akademi Fantasia, sekarang ini berlambak program yang formatnya sama; Mentor, Malaysian Idol, Raja Lawak dan banyak lagi bukan diadili kerana ketinggian seni. Mereka dipilih dan diadili oleh pengagum hedonisme.

Jadi, apalah yang boleh kita harap dari program begini? Lambakan program berselera rendah dan menjurus hedonisme ini menjadi penanda aras khalayak yang menjadi talian hayat program begini. Sebahagian besar orang Melayu memang suka hiburan. Tapi mereka tak suka selangkah ke depan hingga ke tahap menghayati seni.

Tengoklah tahap lawak dalam Raja Lawak, itulah tahap khalayak Melayu yang menjadi pengagum Raja Lawak. Siti ada terbaca rungutan seorang penonton bahawa program lawak kita sudah berani membuat sketsa wanita nak bersalin di atas pentas. Siti tak terkejut kerana inilah mentaliti pelawak yang kita tonjolkan. Inilah juga mentaliti stesen televisyen dan inilah juga mentaliti penonton.

Sama-samalah kita fikirkan ke mana kita akhirnya? Orang Melayu suka sangat penglipurlara. Malangnya mereka larut dalam penglipurlara hingga tidak ada masa untuk berfikir tentang masa depan dan hakikatnya. Siti ingatkan sekali lagi, orang Melayu jauh tertinggal di belakang.

Orang Melayu sentiasa diperalatkan. Kalau tak percaya tengoklah siapa yang paling banyak “sedekah” kepada stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi kerana undi SMS? Inilah kesan buruk di depan mata dari gelombang hedonisme yang melanda orang Melayu.

SITI JARUM: Hah... puak India bising lagi pasal Interlok. Bingung sungguh.



Artikel ini diambil dari Utusan Malaysia Ahad 26/6/2011

0 Bagaimana komen anda?...: