BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Sakit Dada... Bahaya atau tak??



SAKIT dada, sakit jantung. Ini telah menjadi satu pemahaman dan ketakutan di kalangan masyarakat negara ini sehinggakan banyak drama atau filem di negara ini menjadikannya satu klise untuk menunjukkan bencana dan tragedi keluarga. Setelah bertahun-tahun masyarakat didedahkan kepada ‘kefahaman’ ini, tidak hairanlah ramai yang bergegas mencari doktor apabila mengalami sakit dada kerana khuatir diserang sakit jantung.


Tidak boleh disangkal bahawa penyakit jantung menjadi pembunuh utama di negara ini dan banyak negara lain lagi. Memandangkan semakin ramai golongan muda yang diserang sakit jantung, tidak menghairankan juga golongan yang cemas ini terdiri daripada semua peringkat umur. Namun, orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan jantung dengan penyakit lain supaya perasaan cemas ketika mengalami sakit dada tidak membawa kepada kemudaratan lain.


Pakar Perunding Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan, serangan jantung biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian kiri atau tengah dada tetapi kadangkala boleh berlaku pada bahagian kanan dada juga.


“Rasa sakit ini seperti dada ditindih (ditekan), berat atau dibelit (sempit), dan boleh merebak dari dada ke leher, rahang atau lengan kiri


“Selain itu, rasa sakit akibat serangan jantung turut dikaitkan dengan simptom lain seperti berpeluh, rasa mual, sesak nafas dan rasa berdebar-debar (palpitation),” jelas beliau.


Kata beliau, rasa sakit ini juga datang dan pergi dan cuma bertahan untuk beberapa saat atau beberapa minit sahaja, serta dapat dikurangkan dengan berehat.


Tambahnya, serangan jantung juga dikaitkan dengan aktiviti fizikal berat seperti senaman terlalu kuat, mengangkat barang yang berat atau naik banyak anak tangga. Jika stres ditambah dengan perasaan marah yang membuak-buak, terdapat juga kemungkinan serangan jantung berlaku secara mendadak.


Jantung vs reflux


Perkara pertama dalam mengelakkan kekeliruan dan rasa cemas akibat sakit dada adalah mengenali simptom ketika berlakunya serangan jantung. Perasaan cemas adalah normal jika kesakitan timbul di tempat yang sebelum ini tidak pernah berasa sakit.Tetapi jangan terlalu risau atau cemas sehingga memudaratkan lagi keadaan dan menyebabkan rasa sakit itu semakin kuat.


Antara punca sakit dada bukan akibat serangan jantung yang biasa ditemui adalah masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.


“Sistem badan manusia telah diatur untuk berfungsi dengan elok, dari atas turun ke bawah, yang mengalir pula dalam satu arah. Jika fungsi sistem badan terganggu sehingga menjadi songsong, itu mungkin tanda hadirnya penyakit tertentu dan rasa sakit itu pula sebagai petanda daripada badan, memaklumkan terdapat kepincangan dalam fungsi sistem berkenaan,” kata Dr. Ahmad Shukri.


Penyakit yang dikenali Reflux Gastroesophageal (GERD) ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh reflux asid dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman.


Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, rasa pedih hulu hati yang berhampiran dengan kedudukan jantung ini mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.


“Selalunya reflux berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak,” kata beliau.


Beliau menyatakan reflux juga menyebabkan rasa mual, rasa asid (masam) di dalam mulut dan tidak melibatkan simptom seperti serangan jantung (sesak nafas, rasa berdebar) serta tidak dikaitkan dengan aktiviti fizikal.


Tambahnya, reflux juga boleh menyebabkan simptom batuk yang kering pada waktu malam, serangan asma (lelah) disebabkan kekejangan bronkiol atau menyebabkan pesakit bangun mengejut pada waktu malam akibat sakit di bahagian dada.


Rasa pedih hulu hati berbeza dengan sakit jantung kerana melibatkan perasaan seperti terbakar (heart burn) yang berpanjangan. Makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan simptom ini berlaku atau menjadi bertambah teruk.


Saringan dan rawatan


Selain simptom, perlu juga diketahui ujian saringan bagi menentukan keadaan kesihatan anda serta menentukan rasa sakit pada dada berpunca daripada masalah jantung atau sebaliknya. Bukan sahaja ujian saringan, malahan cara rawatan untuk serangan jantung dan reflux juga berbeza.


Menurut Dr. Ahmad Shukri, doktor akan menjalankan ujian elektrikal kardiogram (ECG) jika pesakit disyaki mempunyai masalah jantung atau mengalami serangan jantung.


“Selain ECG, ujian darah juga dijalankan untuk menentukan kandungan kolesterol dan gula di dalam darah.


“Doktor juga akan mengambil tekanan darah pesakit dan menguji kehadiran enzim jantung yang dikeluarkan jika jantung mengalami kecederaan,” kata beliau.


Jika ECG adalah normal tetapi masih disyaki masalah jantung, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan doktor akan melakukan ujian ECG tekanan (stres) yang memerlukan pesakit berlari di atas mesin treadmill bagi menguji kesannya terhadap jantung.


Beliau menjelaskan jantung akan memerlukan lebih banyak oksigen ketika menghadapi tekanan atau berlari dan perubahan pada bacaan ECG akan berlaku jika terdapat salur darah yang tersumbat.


Bagaimanapun, ujian ECG tekanan tidak memberikan bacaan yang 100 peratus tepat dan kadangkala boleh memberikan bacaan positif atau negatif yang salah. Ini merupakan antara batasan terhadap ujian saringan ini yang kadangkala boleh menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah jantung sebagai sihat.


Dr. Ahmad Shukri memaklumkan pesakit boleh menjalani ujian koronari angiogram jika ujian stres ECG juga normal sedangkan doktor masih mengsyaki masalah jantung.


“Ujian koronari angiogram boleh menunjukkan bilangan dan tahap salur darah koronari jantung yang tersumbat dengan lebih tepat. Selain angiogram, pesakit juga boleh menjalani ujian angiogram MultiSlice Computer Tomography (MSCT) yang hanya memerlukan suntikan di tangan dan lebih cepat,” jelas beliau.


Selain itu, beliau turut menyatakan rawatan masalah jantung berbeza mengikut keadaan dan tidak semestinya memerlukan pembedahan besar.


Sekiranya doktor mengesan tanda positif pada ECG, Stres ECG atau MSCT, maka kaedah seterusnya yang terbaik adalah koronari angiogram yang membolehkan rawatan dilakukan pada saluran darah yang tersumbat melalui belon angioplasti dan stenting. Pembedahan pintasan jantung mungkin perlu dilakukan sekiranya bilangan dan tahap saluran koronari tersumbat terlalu serius. Selain itu, pesakit juga perlu meneruskan rawatan yang melibatkan penggunaan ubat bagi mengelakkan serangan jantung berulang.


Dalam pada itu, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan masalah reflux pula dapat ditentukan dengan ujian endoskopi (OGDS) bagi menentukan sama ada terdapat radang atau luka di saluran penghadaman esofagus, atau hiatal hernia yang menjadi punca masalah berkenaan.


“Ujian lain untuk masalah reflux adalah kajian pH saluran penghadaman esofagus selama 24 hingga 48 jam.


“Rawatan untuk masalah reflux pula lebih mudah dengan bertumpu kepada mengurangkan penghasilan asid perut,” jelas beliau.


Menurut Dr. Ahmad Shukri, penghasilan asid perut boleh dikawal menggunakan ubat tertentu yang perlu diambil secara berkala oleh pesakit.


Dr. Ahmad Shukri menasihatkan sesiapa yang menghadapi sakit dada untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian lanjut dan juga untuk dirujuk kepada doktor pakar perut, jantung atau paru-paru mengikut penyakit yang disyaki.


“Perlu diingat sakit dada itu bukan hanya petanda sakit jantung tetapi mungkin juga melibatkan masalah kesihatan lain yang perlu dikenalpasti dengan segera untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.


“Jangan ambil mudah walaupun jika bukan disyaki serangan jantung dan dapatkan nasihat serta pandangan doktor anda dengan segera,” tegas beliau.


Sebarang pertanyaan mengenai sakit dada boleh diajukan kepada Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh melalui e-mel ashukris@yahoo.co.uk


Risiko dan pencegahan


Terdapat dua jenis faktor risiko serangan jantung iaitu faktor tidak boleh ubah dan boleh ubah. Faktor tidak boleh ubah termasuk umur lebih 40 tahun, jantina lelaki dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung pada usia muda. Faktor boleh ubah pula lebih melibatkan gaya hidup yang boleh dikawal seperti merokok, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, obesiti dan stres.


Serangan jantung juga boleh berlaku seawal usia 20-an akibat amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.


Bagi mereka yang aktif dalam sukan dan boleh berlari dalam jarak dua kilometer dengan mudah, rasa sakit dada berkemungkinan bukan akibat serangan jantung. Namun bagi mereka yang bermain sukan kurang tekanan seperti golf, sakit dada berkemungkinan menandakan serangan jantung terutamanya jika mereka kurang berjalan dan banyak menaiki kereta buggy sepanjang bermain golf. Senaman, diet rendah lemak dan tidak merokok menjadi antara kaedah utama yang dicadangkan untuk mengurangkan risiko dan mengelak mengalami serangan jantung.


Antara kumpulan yang berisiko menghidap reflux asid pula adalah perokok, berat badan berlebihan, mempunyai masalah hiatal hernia dan kuat minum kopi. Merokok dan tabiat sering minum kopi boleh melemahkan cerut atau spinkter esofagus dan akan memudahkan asid perut naik ke dalam saluran esofagus. Pesakit yang menghidap reflux perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan dalam hidangan kecil dengan kekerapan lebih tinggi, atau makan sedikit-sedikit, banyak kali setiap hari.


Punca-punca lain sakit dada


Aneurisme aorta yang bocor atau pecah


Masalah ini melibatkan salur darah yang membengkak dan lebih berbahaya daripada serangan jantung kerana boleh menyebabkan kematian mengejut pesakit. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan antara punca utamanya adalah tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit yang dijangkiti kuman siflis ketika masih muda juga menghadapi risiko aneurisme yang lebih tinggi selepas melewati umur 50 tahun.


* Pleuritis

Masalah ini melibatkan radang pada lapisan pleura iaitu membran yang melitupi paru-paru. Pesakit biasanya berasa sakit ketika menarik nafas akibat paru-paru yang mengembang menyentuh lapisan pleura. Pleuritis mungkin berlaku akibat jangkitan kuman dan cara rawatannya adalah dengan merawat jangkitan tersebut.


* Costochondritis (Sindrom Tietze)

Masalah ini melibatkan keradangan dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan costal pada tulang rusuk pesakit. Antara puncanya adalah trauma atau batuk yang berpanjangan. Kesakitan akibat masalah ini turut melibatkan tulang rusuk dan pesakit akan berasa lebih sakit jika kawasan terbabit ditekan. Rasa sakit pada dada akibat masalah ini juga berpanjangan dan boleh mencecah berhari-hari lamanya.


Selain tulang rusuk dan rawan costal, kesakitan pada otot dada juga diletakkan di bawah kumpulan ini. Antara punca kepada masalah ini adalah senaman keras atau terlalu berat yang mencederakan struktur tulang, otot atau rawan pada dada. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini menyangkakan mereka, mengalami serangan jantung tetapi costochondritis mudah dibezakan dengan sakit jantung atau reflux asid memandangkan kedua-dua keadaan berkenaan tidak menyebabkan kesakitan bertambah jika dada ditekan.


Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini dan akan pulih selepas satu masa tertentu, bergantung kepada punca masalah berkenaan.


* Tekanan pada saraf

Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia. Walaupun jarang berlaku, masalah ini mungkin dihadapi mereka yang mengalami kecederaan teruk pada leher.


Masalah ini boleh dikesan melalui imbasan Sinar-X atau imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) ke atas tulang belakang pesakit. Rawatan untuk masalah ini biasanya melibatkan ubat dan fisioterapi tetapi pembedahan mungkin diperlukan untuk pesakit dengan masalah yang lebih serius.



Sunday, October 9, 2011

Tarikh Hari Ini.... 09.10.11.....

Salam...

Pe Khabar semua?...Hahaha..... Tarikh ini begitu istimewa sebab sembilan, sepuluh, sebelas.... Hari ini jugak hari jadi teman lelaki kawan baik saya... Cik Lisa.... Semoga mereka bahagia sampai ke akhir hayat mereka... Seronok kalo tengok kawan2 kita ni bahagia... Mereka bahagia kita pun bahagia.. hihihi :)


Hari saya nk cerita pasal nikmat2 menjadi rakyat Malaysia... Saya ada baca dalam Utusan Malaysia pada hari isnin-19. september.2011.... huhuhuhu.... Sebab kita harus bersyukur dengan limpah kurniaNya kerana negara kita masih aman x seperti negara2 lain kan?...


Malangnya, ramai yang x tahu bersyukur dan asyik salahkan sesama sendiri sehingga boleh menghancurkan negara ini dengan sentimen2 sensitif... Ada 7 sebab kenapa kita bertuah berada di Malaysia yang tercinta ini.......


1) KEBEBASAN BERSUARA

Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh menyuarakan apa sahaja ketidakpuasan hati, memberi komen2 negatif dan buah fikiran yang berbeza kecuali TIDAK menyentuh PERLEMBAGAAN NEGARA atau isu-isu yang boleh memporak-perandakan keharmonian dan ketemteraman awam negara kita.


2) BIASISWA MUDAH

Pelajar kita mudah mendapat pinjaman biasiswa atau ptptn atau sebagainya mengikut bidang masing-masing. Kalo di negara jiran kita, Indonesia pelajar hendaklah mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan hanya segelintir sahaja yang mampu walaupun layak belajar. So, kita bersyukur lah kerana kerajaan tidak biarkan kita merana..


(kita merana bila nk bayar ptptn jer... hahaha)


3) KEJAR KEKAYAAN

Di negara kita ni, sesiapa saja boleh kejar kekayaan dan kejayaan dalam menentukan kehidupan masing2 tanpa sebarang sekatan tanpa mengira kaum asalkan gigih berusaha, rajin dan berwawasan untuk mencapai apa yang diimpikan...



4) KEDAI MAKAN BERLAMBAK

Di negara kita juga kaya dengan tempat2 untuk menjamu selera.. so, x yah susah hati kalo datang Malaysia pasti x kebulur sebab setiap hari dan setiap malam ada gerai2 dan restoran yang menjual pelbagai juadah di mana2 sahaja... so, jgn riso la kalo sal makanan...


5) BANTUAN PERCUMA!!

Satu lagi yang kita patut bersyukur adalah kita dijaga kebajikan kerana dihulurkan bantuan secara percuma seperti sekolah percuma, makanan percuma dan lain2... ada keistimewaan utk golongan yang kurang upaya, khairat kematian, bantuan anak2 yatim, ibu tunggal,warga emas, dan banyak lagi lah...


6) KEMUDAHAN KEPERLUAN

Boleh dikatakan setiap keluarga sekarang mempunyai kereta, motorsikal, telefon bimbit, tv dan yang penting... ASTRO.... hampir semua rumah ada!! bekalan air bersih di kawasan pedalaman dan elektrik pun ada... Jalan raya pun turut dinaik tarafkan di setiap pelusok kampung.


7) PEMIMPIN NEGARA

Dengan masalah rasuah yang terkawal dan pentadbiran yang mantap dan amanah yang sudah tentunya mengutamakan kebajikan rakyat sebab kita ada pemimpin2 yang sentiasa turun padang dan mengambil berat sal rakyat. so peluang pekerjaan tu mmg banyak.... (tapi ramai gak yang menganggur sekarang ni)


So, itu adalah pandangan dari Syed Abdullah Syed Osman Jamallulail selaku YDP, Persatuan Jamalullail Malaysia.........


Semoga kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang!! :)

Sunday, June 26, 2011

KISAH BULAN TERBELAH DUA


Peristiwa bulan terbelah itu disebutkan dalam al Quran.

“Telah hampir datangnya masa itu dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya.” (Surah al Qamar ayat 1-3)



Mengenai kisah bulan terbelah ada diceritakan dalam buku Mukjizat-Mukjizat Rasulullah, Kisah Menakjubkan Dalam Kehidupan Rasulullah, 33 Kisah Menarik Para Nabi-Nabi, kitab Nur Yaqin (jawi), Hikayat Nabi Bercukur dan Bulan Terbelah (jawi). Malah dalam Qisasul Anbiyak (jawi) ada diceritakan kisah Raja Syam yang telah beriman. Apakah itu Raja Habib?.



Siapakah Raja Habib bin Malik?. Apakah itu nama sebenar atau gelarannya?. Ini kerana orang-orang Arab juga menggelarnya Raihanah Quraisyin. Dalam kisah para nabi-nabi (Qisasul Anbiyak) ada disebutkan seorang raja Syam yang telah beriman menulis surat wasiat supaya anaknya mempercayai Muhamad itu seorang Rasul.



Ketika berlakunya peristiwa bulan terbelah, Raja Habib berada ke Mekah. Selepas menyaksikan peristiwa itu Raja Habib mendapat hidayah. Setelah kembali ke Syam beliau mengirimkan hadiah berupa emas, perak dan permata yang dibawa oleh lima ekor unta sebagai hadiah kepada Rasulullah saw. Baginda menerima pemberian itu tetapi kemudiannya baginda berdoa supaya semua harta itu dilenyapkan menjadi pasir.


Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah saw baru diangkat menjadi Rasul. Belum wujud Negara Islam dan al Quran belum selesai diturunkan. Seruan baginda ketika itu Cuma mengajak manusia menyembah Allah dan jangan menyembah selainNya.



Negeri Syam atau Syria terletak di semenenjung Tanah Arab. Orang-orang Quraisy Mekah selalu berulang alik antara Syam dengan Mekah untuk berniaga. Ketika Nabi Muhamad berusia sembilan tahun pernah pergi ke Syam bersama bapa saudaranya untuk berniaga. Kemudian ketika berumur 25 tahun sekali lagi Nabi Muhamad pergi ke Syam membawa barang-barang dagangan Khadijah.



Setelah Muhamad menjadi Rasul dan setelah Islam tersebar di Madinah barulah Rom dan Parsi memusuhi Islam. Rom telah menguasai Syam. Setelah Raja Habib menjadi pengikut Muhamad, dia juga senasib dengan Raja Habsyah yang memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang berhijrah ke negaranya. Setelah Raja Habsyah itu memeluk Islam dia dibunuh oleh pembesarnya. Apabila mendengar berita itu Nabi Muhamad saw menyembahyangkan jenazah Raja Habsyah itu secara sembahyang ghaib.



Peristiwa yang sama hampir berlaku kepada Maharaja Rom. Pada mulanya dia hendak menerima tawaran memeluk Islam tetapi dibantah oleh para pembesarnya menyebabkan dia membatalkan niatnya itu. Raja Habib, walaupun telah memeluk Islam tetapi tidak dapat mempengaruhi rakyat dan para pembesarnya supaya memeluk Islam.



Negeri Syam atau Syria kekal berada dalam jajahan Rom sehingga pemerintahan Saidina Umar al Khattab baru dapat ditakluki.
Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.



Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.


Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.



Bagaimana pula dengan gambar yang diambil oleh NASA ini?. Terdapat satu garisan di tengah permukaan bulan. Itu membuktikan bahawa bulan pernah terbelah suatu ketika dahulu kemudian dicantumkan semula.

Bagaimana Semut Berkomunikasi?


Semut adalah makhluk hidup dengan populasi terpadat di dunia. Perbandingannya, untuk setiap 700 juta semut yang muncul ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Semut merawat bayi-bayi mereka, melindungi koloni, bertempur, memproduksi dan menyimpan makanan. Bahkan ada koloni yang melakukan pekerjaan yang bersangkutan dengan “pertanian” atau “peternakan”. Masyarakat semut disebut koloni, yang terorganisasi luar biasa baik. Tatanan organisasinya memiliki peradaban yang mirip dengan peradaban manusia.


Semut pencari pergi ke sumber makanan yang baru ditemukan. Lalu mereka memanggil semut lain dengan cairan yang disebut feromon, yang disekresikan dalam kelenjar-kelenjar mereka. Saat kerumunan di sekitar makanan membesar, sekresi feromon membatasi pekerja. Jika makanan sangat kecil atau jauh, pencari menyesuaikan jumlah semut yang mencoba mencapai makanan dengan mengeluarkan isyarat. Jika makanan besar, semut mencoba lebih giat untuk meninggalkan lebih banyak jejak, sehingga lebih banyak semut dari sarang yang membantu para pemburu. Apa pun yang terjadi, tak pernah ada masalah dalam konsumsi makanan dan pemindahannya ke sarang, karena di sini ada “kerja tim” yang sempurna.


Contoh lain berkaitan dengan semut penjelajah yang bermigrasi dari sarang ke sarang. Semut ini mendekati sarang tua dari sarang yang baru ditemukan dengan meninggalkan jejak. Para pekerja lain memeriksa sarang baru itu dan jika mereka yakin, mereka juga mulai meninggalkan feromon mereka sendiri (jejak kimiawi) di atas jejak lama. Oleh karena itu, semut yang berjalan di antara dua sarang itu meningkat jumlahnya dan mereka menyiapkan sarang. Selama pekerjaan ini, semut pekerja tidak bersantai. Mereka membangun organisasi dan pembagian kerja tertentu di antara mereka.


Tugas seluruh kelompok yang diperkirakan oleh semut yang mendeteksi sarang baru adalah sebagai berikut: 1. Bertindak sebagai pengumpul di wilayah baru. 2. Datang ke wilayah baru dan berjaga. 3. Mengikuti penjaga untuk menerima perintah pertemuan. 4. Membuat survei terperinci wilayah tersebut.


Tentu saja, kita tidak bisa menyepelekan saja tanpa perenungan bahwa rencana aksi sempurna tersebut telah dipraktikkan semut sejak hari pertama mereka muncul. Pembagian kerja yang disyaratkan rencana seperti ini tidak dapat diterapkan oleh individu yang hanya memikirkan hidup dan kepentingannya sendiri. Lalu muncullah pertanyaan berikut: “Siapa yang mengilhamkan rencana ini dalam diri semut selama berjuta tahun dan siapa yang memastikan penerapannya?”


Semua kategori komunikasi yang disebut di atas dapat dikelompok-kan dalam judul “Isyarat Kimiawi”. Isyarat kimiawi ini memainkan peran terpenting dalam organisasi koloni semut. Semiokemikal adalah nama umum zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi. Pada dasarnya ada dua jenis semiokemikal, yaitu feromon dan alomon.


Alomon adalah zat yang digunakan untuk komunikasi antargenus. Namun, seperti yang dijelaskan sebelumnya, fero-mon adalah isyarat kimiawi yang terutama digunakan dalam genus yang sama dan saat disekresikan oleh seekor semut dapat dicium oleh yang lain. Zat kimia ini diduga diproduksi dalam kelenjar endokrin. Saat semut menyekresi cairan ini sebagai isyarat, yang lain menangkap pesan lewat bau atau rasa dan menanggapinya. Penelitian mengenai feromon semut telah menyingkapkan bahwa semua isyarat disekresikan menurut kebutuhan koloni. Selain itu, konsentrasi feromon yang disekresikan semut bervariasi menurut kedaruratan situasi.


Seperti terlihat, diperlukan pengetahuan kimia yang mendalam untuk mengelola tugas yang dilakukan semut. Kita dapat menganalisis zat kimia yang diproduksi semut hanya melalui uji laboratorium, dan harus menuntut ilmu bertahun-tahun untuk dapat melakukannya. Namun semut dapat menyekresikan zat ini kapan saja mereka perlu, dan telah melakukannya sejak hari mereka menetas, serta tahu betul tanggapan apa yang perlu diberikan kepada setiap sekresi.


Kenyataan bahwa mereka dapat mengidentifikasi zat kimia secara tepat begitu menetas menunjukkan adanya “instruktur” yang memberi mereka pendidikan ilmu kimia saat menetas. Mengklaim hal sebaliknya berarti menerima bahwa semut telah mempelajari ilmu kimia perlahan-lahan dan mulai melakukan percobaan: ini melanggar logika. Semut mengenal zat-zat kimia ini tanpa pendidikan apa pun saat menetas.


Kita tak bisa berkata bahwa semut lain atau makhluk hidup lain adalah “guru” semut itu. Tak ada serangga, tak ada makhluk hidup, termasuk manusia, yang mampu mengajari semut cara memproduksi zat kimia dan berkomunikasi dengannya. Jika ada tindakan pengajaran sebelum lahir, satu-satunya kehendak yang mampu melakukan tindakan ini adalah Allah, yang merupakan Pencipta segala makhluk dan “Rabb [Pendidik]” langit dan bumi.

  • Dikutip dari buku Menjelajah dunia semut karya Harun Yahya

Beza hedonisme dan seni



SITI fikir istilah “seni” kerap disalahgunakan oleh sebahagian besar artis kita. Mereka kata, menyanyi atau berlakon itu satu seni. Memang betul itu seni. Tapi yang tidak betulnya penghayatan mereka tak sampai tahap seni.

Persembahan mereka jauh sekali untuk dilihat sebagai karya seni. Malah pemikiran mereka ketika ditanya wartawan pun tak memperlihatkan ketinggian seni yang diharungi itu.

Kerana itu bagi Siti, mereka ini bukan terlibat dalam seni. Mereka mempromosi budaya hedonisme. Maksud hedonisme ialah hiburan yang melampau dan tak memberi hasil yang baik dari penglibatan itu. Budak-budak Melayu paling teruk dilanda oleh gelombang hedonisme ini. Mereka inilah pengagum program televisyen realiti yang di bawah standard.

Siti perasan gelombang budaya hedonisme ini ketara sekali selepas kemunculan Akademi Fantasia. Budak-budak Melayu termasuk bapa budak dan mak budak terpasung di depan televisyen. Mereka kagum sangat. Ini bukan penghayatan seni.

Memuja budaya hedonisme. Selepas Akademi Fantasia, sekarang ini berlambak program yang formatnya sama; Mentor, Malaysian Idol, Raja Lawak dan banyak lagi bukan diadili kerana ketinggian seni. Mereka dipilih dan diadili oleh pengagum hedonisme.

Jadi, apalah yang boleh kita harap dari program begini? Lambakan program berselera rendah dan menjurus hedonisme ini menjadi penanda aras khalayak yang menjadi talian hayat program begini. Sebahagian besar orang Melayu memang suka hiburan. Tapi mereka tak suka selangkah ke depan hingga ke tahap menghayati seni.

Tengoklah tahap lawak dalam Raja Lawak, itulah tahap khalayak Melayu yang menjadi pengagum Raja Lawak. Siti ada terbaca rungutan seorang penonton bahawa program lawak kita sudah berani membuat sketsa wanita nak bersalin di atas pentas. Siti tak terkejut kerana inilah mentaliti pelawak yang kita tonjolkan. Inilah juga mentaliti stesen televisyen dan inilah juga mentaliti penonton.

Sama-samalah kita fikirkan ke mana kita akhirnya? Orang Melayu suka sangat penglipurlara. Malangnya mereka larut dalam penglipurlara hingga tidak ada masa untuk berfikir tentang masa depan dan hakikatnya. Siti ingatkan sekali lagi, orang Melayu jauh tertinggal di belakang.

Orang Melayu sentiasa diperalatkan. Kalau tak percaya tengoklah siapa yang paling banyak “sedekah” kepada stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi kerana undi SMS? Inilah kesan buruk di depan mata dari gelombang hedonisme yang melanda orang Melayu.

SITI JARUM: Hah... puak India bising lagi pasal Interlok. Bingung sungguh.



Artikel ini diambil dari Utusan Malaysia Ahad 26/6/2011

Saturday, June 25, 2011

Tanamkan sikap membaca



Kenapa kita harus membaca?..


Dalam Al-Quran sendiri.. Allah menurunkan ayat @ perkataan yang pertama adalah Iqra' yang bermaksud BACA....

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…


Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta) :)


Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.


" Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?"

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!


Berikut adalah jumlah buku yang dibaca oleh jutawan dari Malaysia :-

1) Irfan Khairi = 400 buku dalam masa setahun

2) Azizi Ali = 700 buku dalam masa setahun

Mengapa Air Sangat Penting Kepada Tubuh Kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda, tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!


Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Contoh kalau kita lihat di sekolah kolej atau univerisity, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak? Cuba anda fikir-fikirkan.

Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air

Diantara kepentingan air untuk tubuh badan kita.

  • Air menstabilkan suhu badan
  • Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
  • Air melembabkan udara dalam paru-paru
  • Air meningkatkan kadar metabolisma
  • Air melindungi organ-organ
  • Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
  • Air melindungi dan melembabkan rawan


Apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan. Memang dapat dirasakan, tubuh akan cepat terasa sangat letih. Buat kerja pun jadi lambat, tak berapa nak produktiviti.


Kesan-kesan lain.

  • Sakit kepala yang kerap atau migrain.
  • Sembelit. Yela, bila dah air dah kurang.
  • Ketegangan otot
  • Tekanan darah yang tidak seimbang
  • Masalah buah pinggang
  • Kulit kering
  • Risiko Kematian

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air.


Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak (bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.

Sunday, May 3, 2009

3 cahaya di hari kiamat.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."

Tuesday, April 28, 2009

Cuaca tidak menentu...

Mungkin dunia semakin tua... Mungkin kita semakin tua...
Dunia makin panas... pemanasan global terus meningkat...
Wujud pula Selsema Babi yg mengancam kesejahteraan
manusia... Yg pasti dunia hampir kiamat..

Insaflah..............