BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Wednesday, August 24, 2011

PETRONAS

SALAM MERDEKA RAYA 2011



Di sini

Tanda2 Allah S.W.T terima ibadah kita......



Pagi2 td aku telah mendengar sesi perbualan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) Ally Iskandar bersama 2 teman nya yang lain... Bersama-sama seorang ustazah jemputan (aku pun x tau nama nya sbb aku dengar jer, aku x tgok pun tV tue.. hihihi )


Topiknya pagi ini sangat menarik bagi aku.. iaitu tanda2 Allah S.W.T telah menerima ibadah kita sepanjang bulan ramadhan ini.. Setiap amalan yang kita laksanakan sepanjang bulan baik ini pasti ada ganjaran yang baik.. Namun, kita masih tidak mengetahui sama ada ibadah kita itu telah diterima-Nya atau tidak....


Ada beberapa petanda yang menunjukkan ibadah kita diterima oleh Nya... Antaranya adalah:-


1) Perubahan pada diri sendiri -iaitu berubah menjadi baik kepada yang lebih baik..


Mungkin pada awal bulan puasa kita merasakan agak terbeban dengan ibadah puasa ni (maklumlah 11 bulan makan jer keje... hihi) tetapi bila masuk minggu yang terakhir ini kita merasakan sayang untuk meninggalkan bulan yang mulia ini.. kerana kenikmatan bulan puasa itu telah memberi berkat kepada diri kita..


2) Lebih mudah melakukan solat..


Jika sebelum ramadhan atau awal2 masuk bulan ramadhan ni, kita jarang2 solat atau pun malas solat atau pun solat di akhir2 waktu... Tetapi kini, kita merasakan solat itu mudah dan kita selalu mengerjakannya di awal waktu...


Alhamdulilah.....


3) Rasa lebih tenang dari sebelum ini...


Perasaan yang kita tidak pernah alami sebelum ini adalah berasa lebih tenang dari biasa. Satu keadaan yang kita tidak boleh gambarkan melalui kata2 tetapi hanya kita sahaja yang dapat merasainya.


Itu antara tanda2 Allah S.W.T terima ibadah kita...... Sebenarnya ada banyak lagi yang dibincangkan tetapi saya da lupa apa tanda2 tersebut.


Semoga dengan apa yang saya kongsikan hari ini, dapat memberi sedikit harapan untuk mengejar malam Lailatul Qadar itu... Tingkatkan lagi amalan kita di bulan barakah ni sebelum ia meninggalkan kita semua....


Amin..........




Tanda2 Lailatul Qadar




Salam,



Semalam saya telah pergi menunaikan ibadah solat sunat terawih berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu Masjid Kuala Kemaman... Masjid ini terletak di Kuala Kemaman yang mana kawasan ini terdiri daripada golongan nelayan. Masjid ini siap dibina pada tahun lepas iaitu 2010.


Pada malam yang indah itu, imam memberikan sepatah dua sebelum memulakan solat sunat terawih.. tazkirah tersebut adalah mengenai tanda2 Lailatul Qadar.. Oleh kerana ibadah puasa telah memasuki hari yang ke 23.. Maka bersama2 la kita meningkatkan lagi amalan ibadah kita sepanjang malam..


Antara ibadah yang boleh dilakukan adalah banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan beristigfar kepada Allah S.w.t selain melakukan solat2 sunat yang lain seperti solat sunat tahajud.


ok la...


Apakah tanda2 bagi malam Lailatul Qadar ini?.. Biasanya orang kampung saya memanggilnya malam 7 Liku....


Anda boleh klik link di bawah ini:-


http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/09/11/lailatulqadar/


Saya berharap blog encik nasbun nuraini ini tidak lekang dibaca oleh para peminat blog kerana blog itu juga mempunyai banyak lagi ilmu2 nya yang kita perlu tahu dan berkongsi maklumat.


Selamat membaca!!


Friday, August 19, 2011

Nuzul Al-Quran



Salam,


Sepatutnya 17 ramadhan aku post benda nie.. tapi x pe la.. janji post.. hehehe


Pada 17 ramadhan ni, jatuh pada hari rabu 17 ogos 2011... semua org bercuti pada hari ni...


Apa kah Nuzul al-Quran?

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.


Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.


Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.




Monday, August 1, 2011

The Malaysian Royal Families (in 2011)

Fadhilat Solat Sunat Terawih


Malam 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah S.W.T


Malam 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang bersembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman ).


Malam 3 : Berseru Malaikat di bawah `Arasy supaya meneruskan sembahyang terawih terus menerus, semoga Allah mengampunkan dosa kamu.


Malam 4 : Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang² yang membaca kitab² Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.


Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat² yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu² dan tanah² mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa² orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.


Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi Musa A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.


Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang yang bersembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim A.S.


Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.


Malam 10 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikkan di dunia & di akhirat.


Malam 11 : Keluar ia dari dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.


Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).


Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap² kejahatan dan keburukkan.


Malam 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkanya pada hari Qiamat.


Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung `Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 : Allah S.W.T tuliskan baginya terlepas dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.


Malam 17 : Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang berterawih pada malam ini sebanyak pahala Nabi².


Malam 18 : Seru Malaikat ; “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada kamu dan ibubapa kamu (yang masih hidup atau mati).


Malam 19 : Allah S.W.T meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


Malam 20 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang² solehin.


Malam 21 : Allah S.W.T membina sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.


Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat, aman daripada tiap²dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).


Malam 23 : Allah S.W.T membina kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.


Malam 24 : Allah S.W.T membuka peluang 24 doa mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini.( lebih elok berdoa ketika dalam sujud)


Malam 25 : Allah S.W.T mengangkat daripada seksaan kubur.


Malam 26 : Allah S.W.T mengurniakan pahala pada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.


Malam 27 : Allah S.W.T mengurniakan ketangkasan melintas atas titian SiratulMustaqim seperti kilat yang menyambar kepada orang yang berterawih pada malam ini.


Malam 28 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di Akhirat.


Malam 29 : Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.


Malam 30 : Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman ;


Fadhilat Bulan Ramadhan



Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.


Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)



Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya.


Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)