BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Thursday, April 30, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.


Tips : 1

Ada beberapa tips... Tapi, kita cube tips yg pertama dulu...

Tips seterusnya akan muncul tak lama lagi... sebab tengah
proses data... hihi..

Mula2...

* Cube berdiri di hadapan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda.
(seluruh tubuh anda kelihatan).

* Pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.


* Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang.

(Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda)

* Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.

* Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu?

* Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah?

* Adakah anda rasa perut anda memulas?

* Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?


Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.


Selamat mencuba!



WANTED !


Gambar tersebut diambil semasa di
MDec, Selangor...

( Sila klik pada gambar )

Wednesday, April 29, 2009

Last Final Exam setelah 3 tahun di UNIMAS.

Nak dipendekkan cerita....

Cik lala : Hello?... Darlilah ke?...

Dengan otak yang kebinggungan sebab membaca nota Pn. Rahah,
Darlilah mencari2 telefon bimbitnya. Tak tau jembalang mana
yang kol tengah2 malam buta nie...

Nombor yg tidak dikenali tertera dan serta merta Cik Darlilah terfikir :
Nie nombor Along yg mintak utang ari tue ker?.. Mampus la aku...
Macam mana dia tau nombor telefon aku nie?...

Cik Darlilah : Yea, saya. Sapa nie?...

Cik Lala : Kamu ada ambik tak kad matrik dan slip exam saya tadi?..

Cik Darlilah : Erm, tak la... Nape?...

KENAPA?...........
SEBAB KAD MATRIK DAN SLIP EXAM HILANG LA....

Selama 3 tahun Exam, aku tak pernah hilangkan 2 perkara penting tue...
Dengan tekad, aku bangun seawal 5 pagi untuk ke pejabat fakulti walaupun
pejabat bukak jam 8 pagi...

Dan dengan selambanya, akak kaunter tue kata.....

Akak Kaunter : Adik pergi dulu kat *ET kalo tak jumpa datang sini balik..
(Setelah aku naik turun pejabat yang 4 tingkat tue..)

Berlari la aku dengan sahabatku, Agnes Yeo yang matanya masih bengkak
kerana mentelaah sehingga lewat pagi... Ebtah dia baca atau tengok movie..
Ntah la... Lupa pasang cctv kat bilik dia...

Abang kat ET : Cube adik pergi cari kat pejabat, mungkin dia ada extra slip...
( Fuh, kalo mcm nie... tak lama lagi aku tinggal tulang la... asyik naik turun
pejabat jer )

Nasib baik aku kol Pn.ANa Durin, pensyarah yg aku exam semalam...

Pn. ANA : Oh, kamu la orang nyer yg tertinggal kad matrik tue...
Puas saya tanye kat pelajar lain tapi mereka tak kenal..
Nampaknya kamu tak famous laa...

Walau apa pun, aku nak berterima kasih banyak2 kat Pn. Ana yang
menyimpan kad matrik dan slip exam... kalo tak, TAK EXAM la aku
jawabnyer....


*Terima kasih juga kepada yg lain kerana turut membantu aku dalam
mencari kad matrik dan slip exam dan membaca blog nie... Lepas dapat
slip aku asyik pegang jer sampai kena perli di Cik CT Feruz....


*ET = Experiment Teater, FSGK,UNIMAS.

Tuesday, April 28, 2009

Lawatan KL 2008


Masa ni tengah naik Komuter.
Dari Kiri : Me, Mages N Agnes..



Post dulu sebelum sampai ke tempat yg dituju..



WANTED : Me N Mages!!



Ini semua gambar semasa pergi KL...
Dari kiri : Mages, Muna, Ema, Me, dan Nadia.



Happy Birthday Agnes Yeo!


To my Frenz, Agnes Yeo..

Happy Birthday yg ke....
Semoga panjang umur dan murah rezeki...

Semua kenangan kita d unimas ini akan sentiasa terpahat di ingatan,
Susah Senang kita bersama dlm mengharungi semua dugaan..

" Apa juga rintangan dan permasalahan yg berlaku kamu kena
hadapi juga, asal kamu dapat harungi segalanya maka ia
akan cepat berlalu...

Cuma tinggal beberapa bulan jer lagi, tak salah kita terus
mencuba sedaya upaya untuk melakukan yg terbaik
demi masa depan kita sebab itulah ia dinamakan
DUGAAN "

(Petikan kata2 Agnes pd aku semasa aku lemas di tasik unimas)

exam warisan dan budaya..

Aku menyesal sangat sebab tak baca nota semalam..
sebab asyik main facebook dan aku ni baru buat blog..
so excited la ckit dengan blog baru aku nie..
sampai luper nak blaja...

Harap korang tak jadi macam aku...
blaja last minit...
tengok sempat lagi aku post kat blog nie...
hahaha...

Dari semalam aku cuba upload gambar...
masih tak berjaya lagi....

Semoga aku dapat menjawab soalan2 tu dengan tenang...
Amin....

Cuaca tidak menentu...

Mungkin dunia semakin tua... Mungkin kita semakin tua...
Dunia makin panas... pemanasan global terus meningkat...
Wujud pula Selsema Babi yg mengancam kesejahteraan
manusia... Yg pasti dunia hampir kiamat..

Insaflah..............