BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Sikap: Menjadikan seseorang itu berjaya





Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain.




Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah hasil tulisan seorang penulis yang saya kira sangat baik untuk dikongsi bersama. Tulisan beliau ini berkisar tentang nasihat dalam surat kuno yang ditulis oleh Zhuge Liang (181 m-234 m) kepada anaknya. Menurut analisa penulis dari surat kuno tersebut, berikut adalah sikap-sikap yang menguatkan hidup seseorang manusia:-




1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.


2. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan.


3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.




4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.


5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.




6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.




7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun."


8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya.


9. Bersedarhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari.
Inilah beberapa inti pesan dalam surat-surat Zhuge Liang, yang ditujukan kepada anaknya agar anaknya mampu berfikir, bersikap dan bertindak lebih baik dalam hidup. Kita boleh menyerap pemikirannya untuk menjadi yang terbaik. Insya'allah..


(artikel ini dipetik daripada http://cute-chipmunks.blogspot.com)

Friday, January 14, 2011

Motivasi Untuk Berjaya



1. Fikirkan Boleh : Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogankata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.

2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya:
Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?

3. Berdikari :
Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

4. Berfikir Secara Kreatif :
Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.

5. Bersikap Positif dan Optmitis:
Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.

6. Berilah sedikit masa untuk berjaya :
Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima, tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.

7. Rujuk matlamat hidup :
Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.

8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran :
Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.

9. Fahami fitrah alam :
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.

10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran :
Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?

Thursday, June 25, 2009

Teknik Menghafal bahagian 1

Adakah memang sukar untuk menghafal? Mungkin…. mungkin sukar jika anda tidak tahu caranya yang betul.


Dulu, saya selalu terfikir bahawa, orang yang mudah untuk menghafal sesuatu adalah seseorang yang sangat bijak berbanding dengan orang lain. Beliau pasti mempunyai ibu bapa yang berpendidikan tinggi dan juga sudah sedia ada bijak sejak beliau dilahirkan. Jadi, saya sentiasa merasa rendah diri apabila saya membandingkan diri saya dengan seseorang yang mudah menghafal ini.


Jadi, sebagai permulaan, anda perlu tahu, manusia tidak mempunyai memori yang lemah. Mungkin selama ini anda sering menghadapi kesukaran untuk menghafal lalu anda fikir anda mempunyai memori yang lemah. Malah ada juga orang disekeliling anda yang melabelkan anda sebagai lemah ingatan. Mereka itu mungkin masih belum terdedah kepada fakta-fakta tentang kehebatan manusia ciptaan tuhan. Tetapi, kalau daya ingatan kita tidak lemah, mengapa terlalu sukar untuk kita menghafal sesuatu?

Pakar Memori Amerika Syarikat

Lihat dan cuba fahami kata-kata Mr. Kevin Trudeau, “I didn’t have learning disability, I just had an untrained memory” (Saya bukan lemah dalam belajar/menghafal, saya cuma mempunyai daya ingatan yang tidak dilatih).


Kevin adalah pengasas bagi American Memory Insitute di Amerika Syarikat. Institut ini mengajar pelajarnya cara-cara menggunakan sepenuh kebolehan daya ingatan manusia bukan sahaja untuk keperluan belajar atau pekerjaan, malah untuk kegunaan harian. Namun Kevin pada zaman kanak-kanaknya adalah dianggap sebagai seorang pelajar yang sangat lemah, hinggakan beliau hampir-hampir dilabelkan sebagai pelajar yang mempunyai IQ di bawah paras normal.

Beliau bekerja keras untuk mencari jalan bagaimana beliau boleh menggunakan potensi sebenar beliau. Akhirnya, beliau menemui rahsia menggunakan sepenuh potensi daya ingatan dan kini, beliau terkenal di serata United States sebagai ‘Pakar’ dalam bidang daya ingatan.


Satu contoh betapa hebatnya Kevin ini, beliau pernah menghadiri satu majlis yang dihadiri oleh lebih dari 50 orang. Apabila Kevin berkenalan dengan orang baru, Kevin akan bertanyakan nama penuh orang-orang tersebut. Di akhir majlis tersebut, Kevin mampu bersalam dengan semua orang yang berkenalan dengannya tadi dan menyebut nama penuh masing-masing.


Untuk menghafal, anda perlu tahu satu perkara asas. Apakah bahasa memori kita? Bahasa Melayu? Bahasa Inggeris? Bahasa Cina? Atau bahasa India? Untuk mengetahuinya, jawab soalan ini.
Jika saya sebut perkataan kucing, apakah yang terbayang difikiran anda? Adakah perkataan K.U.C.I.N.G. ? Atau gambar seekor kucing?


Tentu gambar seekor kucing bukan?
Maksudnya, bahasa otak kita adalah ‘gambar’. Disebabkan itu, kita lebih mudah mengingat gambar dari perkara lain seperti tulisan. Jadi, jika anda merasa sukar untuk menghafal, jangan risau. Bukan anda memiliki daya pemikiran yang lemah, tetapi, anda mungkin selama ini cuba menghafal tulisan, bukan gambar.

Tuesday, May 19, 2009

Personality Profiling..

Intro :

People are fairly predictable. Under given circumstances, we tend to think, feel, act and respond in certain beharvioural patterns. Our basic style is that which we describe as

"I'm born like that"

There is no right or wrong or even good/bad style.. The key is appropriateness.


4 Personality style..

* DOMINANCE
- Also known as DRIVER style / OVERCOMER

*INFLUENCE
-Also known as PERSUADER style / EXPRESSIVE

* STEADINESS
- Also known as AMICABLE style / RELATIONAL

* COMPLIANCE
- to Own Standards also known as ANALYTICAL / ORGANISER.


@ All of this tips, i get from my 3p trainner as a 1st day introduction to the courses...

Monday, May 18, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips yg ke- 5,

Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.


Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.


Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan.


Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.


Selamat mencuba.

Sunday, May 3, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

mIni tips yang ke 4,

Tips nie rasenyer paling mudah dan berkesan.. tapi bergantung pada korang je la..


* Cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

* Berdiri mengadap pokok tersebut….

* Cuba bercakap dengan pokok tersebut……

* Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun…..

* Cuba buat memek muka yang menarik….

* Adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

* Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa….?

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila… )


Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips ke 3,

Kali mari cube teknik ini pula...

Tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan….. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat….dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga…… di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa….. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik.

Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.


Selamat mencube... :)

Friday, May 1, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips : 2

Ini tips yg ke-2, ha? Tips semalam tue dah buat ke tak?...

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak?...

* seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.


* adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar?


* Lakukan latihan semalam sekali lagi.


* Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri.


* Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.


Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.


Jangan Tonjolkan Gementar anda!!


Selamat Mencuba!

Thursday, April 30, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.


Tips : 1

Ada beberapa tips... Tapi, kita cube tips yg pertama dulu...

Tips seterusnya akan muncul tak lama lagi... sebab tengah
proses data... hihi..

Mula2...

* Cube berdiri di hadapan sebuah cermin yang paling besar di rumah anda.
(seluruh tubuh anda kelihatan).

* Pejamkan mata anda. Tenangkan fikiran, tarik nafas panjang beberapa kali.


* Bayangkan, anda sedang berdiri di dalam sebuah dewan, di depan 1200 orang.

(Semua orang di dewan itu sedang memerhatikan anda)

* Suasana agak sunyi kerana semua orang sedang menunggu anda sedang bercakap.

* Cuba anda sedari, apakah perasaan anda ketika itu?

* Cuba sedari, adakah anda rasa lutut anda lemah?

* Adakah anda rasa perut anda memulas?

* Adakah anda rasa jari anda mula menggeletar?


Anda perlu bayangkan situasi berada di dalam dewan tadi dengan jelas. Jika anda tidak lakukan dengan serius, anda tidak akan tahu apa yang anda rasa, dan anda tidak akan tahu bagaimana cara untuk memajukan diri anda.


Selamat mencuba!