BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Saturday, December 17, 2011

Kalendar ciptaan aku............... :)




Salam........

Rupa2nya... dah 2 tahun aku graduat sebab kalendar yang aku buat pada tahun 2009 ni, dah nak berakhir tahun nie... hohoho... aku guna perisian Adobe Photoshop cs3 time nie.....



Ini muka depan kalendar aku....




Untuk bulan January 2009..
aku letak gambar2 pensyarah kesayangan iaitu
En Anuar Ayob, En Zulkarnain Zainal Abidin dan En Awangko Hamdan...




Ini adalah Shang Fui Fung, dari Sabah..
Major in Photography..



Ini pula Siti Nurain Bt. Masraban, dari Selangor
Major in Electronic Art..



Ini Nur Azniza Bt Ariffin dari Kelantan
Major in ceramic..



Yang ini.. Mohd ShauQi bin ismail, dari Kelantan
Major in Photography..



Yang baik ni, Mohd Firdaus bin Ismail @ Bob yang baik..
asal dari Selangor, Major in Electronic Art.



Ini pula Fatimah az-Zahra bte Jumaat dari Johor
Major in Painting.



Ini pula, Nordarlilah Binti Abd Rahim dari Pahang,
Major in Photography..



Yang kecik2 ni pulak, Siti Fairoz binti Ibrahim..
Dari Jerteh Terengganu,
Major in Electronic Art.



Ini pula Siti Suhana binti Awang, dari Kelantan
Major in Ceramic..



Yang ini Nur Shadila Binti Shafei, Asal Kedah darul Aman..
Biasanya kami panggil dia kecik.. (mcam lah aku ni x kecik?)
Major in Photography..



Untuk Penghabisan tahun 2009.. aku letak gambar kawan aku ni..
Nurul Siti Roslinda Bt Abdul Rahman
Asal Kelantan major in electronic art...



Next time aku sambung yang tahun 2010 & 2011 pulak erk...
Selamat tahun baru
2012!!

Sambungan Detik Cemas 16.November.2011



Salam senyum semua...


Sampai sahaja di Hospital Kemaman.......
(sambungan cerita hari tu, bahagian terakhir.. hahaha)


Member aku, Cik Dila mendaftarkan nama aku di Unit kecemasan.. dalam 45 minit aku menanti... Sepanjang menanti itu, aku dapat saksikan beberapa orang yang sakit.. huhuhu hospital yang menakutkan......


Aku tengok ramai yang masuk ke dalam bila keluar je menangis.. takut aku tengok... selepas itu, ada seorang remaja belasan tahun duduk atas kerusi roda menangis kerana menahan kesakitan.. mulanya aku ingat dia accident sebab lutut dia ada calar-calar....


Rupa2nya, anak dia baru lepas pembedahan hati...... huhuhuhu........


Then,. aku pun dipanggil masuk ke dalam... dan doktor kata aku sakit biasa..... kemungkinan lambat makan...... hahahahha..... so, kesimpulannya... jangan lambat makan!!! hahaha...




* Malam tu, aku sakit lagi... dan pergi ke hospital lagi.. kali ni, aku kene Xray... Dr.Ihab kata, gas banyak dalam perut dan dia nk bg suntikan... hohohoho.... terus aku balik.. hahahah.....




Tahniah Sultan Kedah sebagai Yang diPertuan Agong ke-14


Salam 1 Malaysia buat semua....


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Sultan Kedah iaitu Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai YDPA Malaysia yang ke-14....



Untuk keterangan lebih terperinci mengenai baginda tuanku... ley la klik kat sini kat bawah nie...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Halim_Mu%E2%80%99adzam_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Badlishah


Monday, December 12, 2011

Perhargaan buat Tuanku Mizan zainal abidin selama menjadi Yang diPertuan Agong Malaysia...

Sultan mizan satu..


Sultan Mizan dua....


Sultan Mizan tiga...


Sultan Mizan empat...


Sultan Mizan Lima...


Sultan Mizan enam...



Sultan Mizan tujuh...



Sultan Mizan lapan...



Sultan Mizan sembilan...



Sultan Mizan sepuluh...



Kesemua gambar-gambar Sultan Mizan itu, saya ambik dari internet jer.. bukan yang saya ambik.. hehehe... then, edit2 sikit.... hehehe....

Sambungan Detik Cemas 16. November. 2011

Salam semua...


Lama betul nak update blog nie.... cerita tentang detik cemas ni pun macam dah nak basi dah... hahahahaha... tapi x pe la.. aku tetap nak sambung cerita aku yang dah x berapa nak suspen lagi tuh.... hihihi


Lepas aku dengar jer perkataan "AMBULANS"... aku cuba sedaya upaya aku untuk bangun... dan berkat usaha itulah aku berjaya bangun.. tetapi rasa sakit itu masih menyerang dada aku... Oleh kerana hari itu adalah hari bekerja, kawan2 aku yang baik hati ni pergi la TUMBPRINT kerja dulu......


Dalam jam 830 pagi, aku dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu... Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku di hospital ini selepas aku datang untuk terima rawatan XRAY lutut aku yang cedera kerana bermain futsal... (itulah gatal sangat main futsal... x ada penyakit.. cari penyakit!!)


Dari jauh aku melihat betapa ramainya orang kerana terpaksa PARKING kereta di luar kawasan hospital... Semasa aku mendaftar, aku diberikan nombor....... korang tau nombor berapa?


no.81....!!!


Tergamam aku melihat nombor yang tercatit itu... Lalu aku terpandang nombor di skrin pintu masuk untuk berjumpa doktor... korang tau, nombor berapa?


no.1.... !!



Kali ni, aku tak tergamam tapi aku terus taye kat kaunter tu...


" Abang... lambat lagi ke giliran saya?.. Saya dah kronik nie..." dengan selambanya aku bertanya.


" Adik nombor berapa?" (abang tu panggil aku adik??.. muda sgt ke aku nie... alamak angkat bakul sendiri la pulak.. hahaha)


" no.81..."


" Memang lambat pun.. doktor pun belum masuk lagi" abang kaunter tu jawab...


Ngapp!!


Aduhh.. penyakit itu datang menyerang lagi!!


Kawan2 aku yang baik hati ni bersepakat untuk merujuk aku kat Klinik Azmi, klinik yang aku pergi semalam untuk dapatkan rawatan...... Sebab dia ada rekod kesihatan aku.. Bijak x kawan2 aku?.. tengok lah kawan sapa kan.. ahahaha...


Dr. Azmi memberi surat rujukan untuk aku membuat Xray di unit kecemasan sebab rawatan biasa kemungkinan besar x nampak... So, kami bertiga (aku, cik Dila dan cik Yana) terus ke hospital Kemaman sekali lagi... Seorang lagi kawan aku Sierra Juliet ada kelas.. so dia terpaksa balik ke kolej dulu.. apapun aku bersyukur sebab dia ada di samping aku masa aku sakit.. heheh


Sampai sahaja di hospital kemaman.......................






* Bersambung (bagi suspen sikit, hahaha)

Thursday, November 17, 2011

Detik Cemas 16. november. 2011 (rabu)

Salam semua,

Semalam adalah detik cemas dalam hidupku sepanjang 24 tahun ini, tak pernah x boleh bangun dari tidur... selalunya boleh, tidak kali ini.... nak dijadikan cerita, aku terjaga dr tdo jam 4 pagi lagi... aku terasa kebas.. kaki dan tangan x boleh bergerak langsung... aku cuba gerakkan tangan aku.. kepala dan semua anggota badan aku...


Aku cuba kejutkan rakan sebilik aku, Sierra Juliet juga tetapi aku terlalu lemah untuk mengejutkan dia... aku cuba bertenang dan menenangkan diri setenang-tenangnya... akhirya sikit demi sedikit kaki aku berjaya digerakkan... aku cuba mengiringi badanku..

Tiba2..

Ngappp!!

Dadaku mencengkam kuat!! sakitnya x dapat aku gambarkan... akhirnya, aku terlelap dalam kesakitan itu... tetapi pada jam 6 pagi, aku terjaga lagi... kali ini, kaki dan tangan aku sudah dapat bergerak... aku cuba untuk bangun...

Malangnya.....

Ngappp!!

Sekali lagi ia mencengkam dada aku ini.. aduh sakitnya hanya Allah yang tahu... aku cuba bergerak ke kiri dan ke kanan, namun semua tidak berhasil dan aku gagal untuk bangun..

Akhirnya,

Aku memberitahu Sierra Juliet yang aku tidak dapat bangun dan dia terkejut. Sambil dia bersiap untuk pergi kerja, sempat dia memberitahu teman serumah aku yang lain bahawa aku x dapat nak bangun seperti biasa... Mereka sepakat untuk menelefon ambulans untuk membawa aku ke hospital;;;


Nak tahu apa yang terjadi seterusnnya?... Ikutilah kisah yg seterusnya... :)

Sakit Dada... Bahaya atau tak??



SAKIT dada, sakit jantung. Ini telah menjadi satu pemahaman dan ketakutan di kalangan masyarakat negara ini sehinggakan banyak drama atau filem di negara ini menjadikannya satu klise untuk menunjukkan bencana dan tragedi keluarga. Setelah bertahun-tahun masyarakat didedahkan kepada ‘kefahaman’ ini, tidak hairanlah ramai yang bergegas mencari doktor apabila mengalami sakit dada kerana khuatir diserang sakit jantung.


Tidak boleh disangkal bahawa penyakit jantung menjadi pembunuh utama di negara ini dan banyak negara lain lagi. Memandangkan semakin ramai golongan muda yang diserang sakit jantung, tidak menghairankan juga golongan yang cemas ini terdiri daripada semua peringkat umur. Namun, orang ramai perlu pandai membezakan antara serangan jantung dengan penyakit lain supaya perasaan cemas ketika mengalami sakit dada tidak membawa kepada kemudaratan lain.


Pakar Perunding Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh menjelaskan, serangan jantung biasanya menyebabkan kesakitan pada bahagian kiri atau tengah dada tetapi kadangkala boleh berlaku pada bahagian kanan dada juga.


“Rasa sakit ini seperti dada ditindih (ditekan), berat atau dibelit (sempit), dan boleh merebak dari dada ke leher, rahang atau lengan kiri


“Selain itu, rasa sakit akibat serangan jantung turut dikaitkan dengan simptom lain seperti berpeluh, rasa mual, sesak nafas dan rasa berdebar-debar (palpitation),” jelas beliau.


Kata beliau, rasa sakit ini juga datang dan pergi dan cuma bertahan untuk beberapa saat atau beberapa minit sahaja, serta dapat dikurangkan dengan berehat.


Tambahnya, serangan jantung juga dikaitkan dengan aktiviti fizikal berat seperti senaman terlalu kuat, mengangkat barang yang berat atau naik banyak anak tangga. Jika stres ditambah dengan perasaan marah yang membuak-buak, terdapat juga kemungkinan serangan jantung berlaku secara mendadak.


Jantung vs reflux


Perkara pertama dalam mengelakkan kekeliruan dan rasa cemas akibat sakit dada adalah mengenali simptom ketika berlakunya serangan jantung. Perasaan cemas adalah normal jika kesakitan timbul di tempat yang sebelum ini tidak pernah berasa sakit.Tetapi jangan terlalu risau atau cemas sehingga memudaratkan lagi keadaan dan menyebabkan rasa sakit itu semakin kuat.


Antara punca sakit dada bukan akibat serangan jantung yang biasa ditemui adalah masalah reflux asid perut yang menyebabkan radang dan bengkak kepada esofagus serta rasa pedih hulu hati.


“Sistem badan manusia telah diatur untuk berfungsi dengan elok, dari atas turun ke bawah, yang mengalir pula dalam satu arah. Jika fungsi sistem badan terganggu sehingga menjadi songsong, itu mungkin tanda hadirnya penyakit tertentu dan rasa sakit itu pula sebagai petanda daripada badan, memaklumkan terdapat kepincangan dalam fungsi sistem berkenaan,” kata Dr. Ahmad Shukri.


Penyakit yang dikenali Reflux Gastroesophageal (GERD) ini merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh reflux asid dari perut yang menghakis struktur salur penghadaman.


Dr. Ahmad Shukri menjelaskan, rasa pedih hulu hati yang berhampiran dengan kedudukan jantung ini mungkin menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai.


“Selalunya reflux berlaku selepas makan terutama bila individu berkenaan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak,” kata beliau.


Beliau menyatakan reflux juga menyebabkan rasa mual, rasa asid (masam) di dalam mulut dan tidak melibatkan simptom seperti serangan jantung (sesak nafas, rasa berdebar) serta tidak dikaitkan dengan aktiviti fizikal.


Tambahnya, reflux juga boleh menyebabkan simptom batuk yang kering pada waktu malam, serangan asma (lelah) disebabkan kekejangan bronkiol atau menyebabkan pesakit bangun mengejut pada waktu malam akibat sakit di bahagian dada.


Rasa pedih hulu hati berbeza dengan sakit jantung kerana melibatkan perasaan seperti terbakar (heart burn) yang berpanjangan. Makanan pedas atau berlemak boleh menyebabkan simptom ini berlaku atau menjadi bertambah teruk.


Saringan dan rawatan


Selain simptom, perlu juga diketahui ujian saringan bagi menentukan keadaan kesihatan anda serta menentukan rasa sakit pada dada berpunca daripada masalah jantung atau sebaliknya. Bukan sahaja ujian saringan, malahan cara rawatan untuk serangan jantung dan reflux juga berbeza.


Menurut Dr. Ahmad Shukri, doktor akan menjalankan ujian elektrikal kardiogram (ECG) jika pesakit disyaki mempunyai masalah jantung atau mengalami serangan jantung.


“Selain ECG, ujian darah juga dijalankan untuk menentukan kandungan kolesterol dan gula di dalam darah.


“Doktor juga akan mengambil tekanan darah pesakit dan menguji kehadiran enzim jantung yang dikeluarkan jika jantung mengalami kecederaan,” kata beliau.


Jika ECG adalah normal tetapi masih disyaki masalah jantung, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan doktor akan melakukan ujian ECG tekanan (stres) yang memerlukan pesakit berlari di atas mesin treadmill bagi menguji kesannya terhadap jantung.


Beliau menjelaskan jantung akan memerlukan lebih banyak oksigen ketika menghadapi tekanan atau berlari dan perubahan pada bacaan ECG akan berlaku jika terdapat salur darah yang tersumbat.


Bagaimanapun, ujian ECG tekanan tidak memberikan bacaan yang 100 peratus tepat dan kadangkala boleh memberikan bacaan positif atau negatif yang salah. Ini merupakan antara batasan terhadap ujian saringan ini yang kadangkala boleh menunjukkan pesakit yang mempunyai masalah jantung sebagai sihat.


Dr. Ahmad Shukri memaklumkan pesakit boleh menjalani ujian koronari angiogram jika ujian stres ECG juga normal sedangkan doktor masih mengsyaki masalah jantung.


“Ujian koronari angiogram boleh menunjukkan bilangan dan tahap salur darah koronari jantung yang tersumbat dengan lebih tepat. Selain angiogram, pesakit juga boleh menjalani ujian angiogram MultiSlice Computer Tomography (MSCT) yang hanya memerlukan suntikan di tangan dan lebih cepat,” jelas beliau.


Selain itu, beliau turut menyatakan rawatan masalah jantung berbeza mengikut keadaan dan tidak semestinya memerlukan pembedahan besar.


Sekiranya doktor mengesan tanda positif pada ECG, Stres ECG atau MSCT, maka kaedah seterusnya yang terbaik adalah koronari angiogram yang membolehkan rawatan dilakukan pada saluran darah yang tersumbat melalui belon angioplasti dan stenting. Pembedahan pintasan jantung mungkin perlu dilakukan sekiranya bilangan dan tahap saluran koronari tersumbat terlalu serius. Selain itu, pesakit juga perlu meneruskan rawatan yang melibatkan penggunaan ubat bagi mengelakkan serangan jantung berulang.


Dalam pada itu, Dr. Ahmad Shukri memaklumkan masalah reflux pula dapat ditentukan dengan ujian endoskopi (OGDS) bagi menentukan sama ada terdapat radang atau luka di saluran penghadaman esofagus, atau hiatal hernia yang menjadi punca masalah berkenaan.


“Ujian lain untuk masalah reflux adalah kajian pH saluran penghadaman esofagus selama 24 hingga 48 jam.


“Rawatan untuk masalah reflux pula lebih mudah dengan bertumpu kepada mengurangkan penghasilan asid perut,” jelas beliau.


Menurut Dr. Ahmad Shukri, penghasilan asid perut boleh dikawal menggunakan ubat tertentu yang perlu diambil secara berkala oleh pesakit.


Dr. Ahmad Shukri menasihatkan sesiapa yang menghadapi sakit dada untuk berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian lanjut dan juga untuk dirujuk kepada doktor pakar perut, jantung atau paru-paru mengikut penyakit yang disyaki.


“Perlu diingat sakit dada itu bukan hanya petanda sakit jantung tetapi mungkin juga melibatkan masalah kesihatan lain yang perlu dikenalpasti dengan segera untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin.


“Jangan ambil mudah walaupun jika bukan disyaki serangan jantung dan dapatkan nasihat serta pandangan doktor anda dengan segera,” tegas beliau.


Sebarang pertanyaan mengenai sakit dada boleh diajukan kepada Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh melalui e-mel ashukris@yahoo.co.uk


Risiko dan pencegahan


Terdapat dua jenis faktor risiko serangan jantung iaitu faktor tidak boleh ubah dan boleh ubah. Faktor tidak boleh ubah termasuk umur lebih 40 tahun, jantina lelaki dan mempunyai sejarah keluarga sakit jantung pada usia muda. Faktor boleh ubah pula lebih melibatkan gaya hidup yang boleh dikawal seperti merokok, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, obesiti dan stres.


Serangan jantung juga boleh berlaku seawal usia 20-an akibat amalan pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.


Bagi mereka yang aktif dalam sukan dan boleh berlari dalam jarak dua kilometer dengan mudah, rasa sakit dada berkemungkinan bukan akibat serangan jantung. Namun bagi mereka yang bermain sukan kurang tekanan seperti golf, sakit dada berkemungkinan menandakan serangan jantung terutamanya jika mereka kurang berjalan dan banyak menaiki kereta buggy sepanjang bermain golf. Senaman, diet rendah lemak dan tidak merokok menjadi antara kaedah utama yang dicadangkan untuk mengurangkan risiko dan mengelak mengalami serangan jantung.


Antara kumpulan yang berisiko menghidap reflux asid pula adalah perokok, berat badan berlebihan, mempunyai masalah hiatal hernia dan kuat minum kopi. Merokok dan tabiat sering minum kopi boleh melemahkan cerut atau spinkter esofagus dan akan memudahkan asid perut naik ke dalam saluran esofagus. Pesakit yang menghidap reflux perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan dalam hidangan kecil dengan kekerapan lebih tinggi, atau makan sedikit-sedikit, banyak kali setiap hari.


Punca-punca lain sakit dada


Aneurisme aorta yang bocor atau pecah


Masalah ini melibatkan salur darah yang membengkak dan lebih berbahaya daripada serangan jantung kerana boleh menyebabkan kematian mengejut pesakit. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan mereka yang sudah lanjut usia dan antara punca utamanya adalah tekanan darah tinggi. Selain itu, pesakit yang dijangkiti kuman siflis ketika masih muda juga menghadapi risiko aneurisme yang lebih tinggi selepas melewati umur 50 tahun.


* Pleuritis

Masalah ini melibatkan radang pada lapisan pleura iaitu membran yang melitupi paru-paru. Pesakit biasanya berasa sakit ketika menarik nafas akibat paru-paru yang mengembang menyentuh lapisan pleura. Pleuritis mungkin berlaku akibat jangkitan kuman dan cara rawatannya adalah dengan merawat jangkitan tersebut.


* Costochondritis (Sindrom Tietze)

Masalah ini melibatkan keradangan dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan costal pada tulang rusuk pesakit. Antara puncanya adalah trauma atau batuk yang berpanjangan. Kesakitan akibat masalah ini turut melibatkan tulang rusuk dan pesakit akan berasa lebih sakit jika kawasan terbabit ditekan. Rasa sakit pada dada akibat masalah ini juga berpanjangan dan boleh mencecah berhari-hari lamanya.


Selain tulang rusuk dan rawan costal, kesakitan pada otot dada juga diletakkan di bawah kumpulan ini. Antara punca kepada masalah ini adalah senaman keras atau terlalu berat yang mencederakan struktur tulang, otot atau rawan pada dada. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini menyangkakan mereka, mengalami serangan jantung tetapi costochondritis mudah dibezakan dengan sakit jantung atau reflux asid memandangkan kedua-dua keadaan berkenaan tidak menyebabkan kesakitan bertambah jika dada ditekan.


Pesakit selalunya hanya perlu mengambil ubat penahan sakit untuk masalah ini dan akan pulih selepas satu masa tertentu, bergantung kepada punca masalah berkenaan.


* Tekanan pada saraf

Masalah ini berpunca daripada tekanan pada saraf tunjang akibat dihimpit tulang belakang ‘cervical’ yang semakin rapat. Kesakitan yang mulanya dirasakan pada leher boleh beralih ke dada dan boleh berlaku kepada golongan muda ataupun yang berusia. Walaupun jarang berlaku, masalah ini mungkin dihadapi mereka yang mengalami kecederaan teruk pada leher.


Masalah ini boleh dikesan melalui imbasan Sinar-X atau imbasan MRI (Magnetic resonance imaging) ke atas tulang belakang pesakit. Rawatan untuk masalah ini biasanya melibatkan ubat dan fisioterapi tetapi pembedahan mungkin diperlukan untuk pesakit dengan masalah yang lebih serius.



Friday, November 11, 2011

Pesanan ikhlas dari i-khalifah.com... hehehe



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz




Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya



Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!



Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?




Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.



Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.



Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah




Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah



Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)




Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !





Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)



Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)

Tarikh Istimewa 11.11.11............

Thursday, November 3, 2011

Jom Memancing........



Salam...

Entry kali ni berkaitan dengan aktiviti aku dengan member aku, Sierra Juliet masa pulang ke kampung baru2 ni.. Maklumlah sekarang ni musim hujan.. tibe2 Sierra Juliet rasa nak mandi kat Sekayu tapi x jadi sebab hujan.......

Bila tibe di tali air kat umah aku... tibe2 dia dapat idea nak memancing pulak... so apa lagi, petang tu nasib baik x ujan.. dia dan adik aku, abu bakar (burn) terus cari cacing nak buat umpan... aku?? huh jangan harap aku pegang cacing tuh.. geli wehh...


Selepas operasi mencari cacing selesai.. abah aku pun turut sama tolong aku pasang mata kail dan terapung kabus... huhuhu.. aku sebenarnya x pandai sangat memancing nie... teman kan jer.. hahahhaa.... sepupu aku Nurin dan Hanisah pun turut serta.......



Sempat berposing sebelum ke tali air... batang joran yang kami pegang tu diambik dari batang pokok salak...


fuhh berpeluh jugak buang duri2 pokok salak tuh... hahaahha tapi seronok sebab dah lama x memancing.. seingat aku, masa sekolah menengah je kot ikut sepupu aku, najmi n adik aku abu bakar pergi memancing ikan puyu belakang umah... tapi sekarang belakang umah pun dah x ada lagi sebab semua orang nak buat rumah... huhuhu




Dalam gambar ini, abah aku... dia lagi la beriya2 pasang terapung kabus tuk kami.. siap beratur lagi untuk tunggu gilliran. hehehehe



Yang ini pulak, Sierra Juliet pasang umpan cacing... huhuhu aku tengok je... hehehe


Operasi memancing dimulakan... yeyeh!!



Ini sepupu aku, nurin dan adik aku abu bakar... berjaya dapat ikan!!



Kami pulak dah 5 kali terlepas ikan... ermmm akhirya, satu ikan pun x dapat!! hahahahah



Tukar tempat memancing pulak... Macam lah dapatkan?.. hahaha....



Aku suka pic ni bukan per...
suasana ambik gambar atas jambatan ni macam satu nostalgia tau.....




So Itulah antara gambar2 aktiviiti memancing di kampung aku... Seronok x?.... Harap korang enjoy erk....

Wednesday, November 2, 2011

Happy Deepavali to all....


Salam...


Walaupun Deepavali dah lama lepas... tapi aku tetap nk letak post nie dalam enrty aku.. sebab aku rasa ianya istimewa kerana aku ada beberapa orang kawan2 yang berbangsa India seperti Mageshwari Nadrajan, Punishwari, Kanagesan, Nantha Kumar dan ramai lagi....


Semperna Deepavali ini juga, aku selaku Koordinator bagi Kelab Seni Visual telah membuat kolam. Haa.. Korang tau x pe tu kolam?.. bukannya kolam yang ada banyak ikan2 tue tapi kolam ini diperbuat dari beras yang berwarna-warni...


Seperti tahun lepas jugak, ko-k kelab seni visual mempersembahkan sebuah kolam yang cantik dan penuh dengan warna warni... Aku sendiri yang bancuh warna beras tu dengan menggunakan colour buncho yang dicampurkan dengan sedikit air dan pewarna makanan... memang colourful!!


Yang bestnyer tu, ada member2 yang tolong buat sekali.. tu yang best tu... asingkan beras untuk diwarnakan.. memang best.. aku pun belaja dari pelajar aku gak namanya Dhilip. Istimewanya Dhilip ni dia fasih bercakap loghat Terengganu... Dia pun aktif buat kolam nie...



Ini cara pertama untuk memulakan kolam ini selepas kita design mengikut kehendak kita.



Setiap design itu kita tetapkan warna. kemudian, barulah kita bajet, warna yang ingin digunakan.



Yang ini pula, beras berwarna yang telah diasingkan mengikut ketetapan.



Sesi taklimat dilakukan sebelum aktiviti kolam dijalankan.



Sebahagian pelajar sedang meletakkan beras berwarna ke atas tempat yang telah ditetapkan.



Ini pula hasil kolam yang hampir sempurna diwarnakan.



Inilah hasilnya.. kolam deepavali 2011 dari pelajar Kelab Seni Visual Ranaco.



Aku pun sempat berposing kat kolam nie... hehehehe