BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Friday, April 29, 2011

Dramatari Gamelan "Geliong"



Pada malam sabtu, 22hb January 2011 aku bertolak ke Uitm Dungun, Terengganu untuk menyaksikan satu persembahan Dramatari Gamelan yang bertajuk "Geliong" bersama rakan2 ku yang lain.

Rasanya sudah setahun tidak menyaksikan persembahan sebegini. Jika di Unimas, aku pasti tidak ketinggalan untuk melihat semua persembahan kerana pada pandangan aku, itu adalah pengalaman dan kenangan yang berharga semasa belajar.

Berbalik dengan persembahan "Geliong" tadi (aku ni memang suka alih topik.. hahaha) ia mengisahkan tentang seorang putera raja yang telah ditukarkan oleh inang dan isteri menteri ketika dilahirkan. Pertukaran itu mewujudkan seorang lagi Putera Palsu yang jahat dan sehingga berniat untuk membunuh kedua ayahanda dan bondanya.

Namun, sebelum mangkat Sultan tersebut sempat bersumpah ke atas keris yang dipancak di atas batu bahawa sesiapa yang berjaya mengeluarkan keris tersebut maka dia lah pewaris sebenar takhta kerajaan itu. Putera sebenarnya berjaya mengeluarkan keris tersebut dari batu sumpahan itu dan ditabalkan sebagai sultan di kerajaan tersebut.

Ini antara gambar pementasan dramatari "Geliong".




Ini pula barisan pelakon dan crew2 yang terlibat dalam pementasan ini.


Terima kasih atas jemputan Kelab Kebudayaan Uitm Dungun kerana sudi mempelawa kami ke persembahan hebat ini. Gambar di bawah ini, adalah gambar kami bersama dua orang wakil pelajar yang turut serta dalam aktiviti kebudayaan ini.