Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah
Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !
Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
~Renung-renungkan dan selamat beramal~
Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)
Anda orang yang ke?
| Download free web counter code here. |
Friday, November 11, 2011
Pesanan ikhlas dari i-khalifah.com... hehehe
Posted by cik lala at 8:00 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Agama
Wednesday, August 24, 2011
Tanda2 Lailatul Qadar
Salam,
Semalam saya telah pergi menunaikan ibadah solat sunat terawih berhampiran dengan tempat tinggal saya iaitu Masjid Kuala Kemaman... Masjid ini terletak di Kuala Kemaman yang mana kawasan ini terdiri daripada golongan nelayan. Masjid ini siap dibina pada tahun lepas iaitu 2010.
Pada malam yang indah itu, imam memberikan sepatah dua sebelum memulakan solat sunat terawih.. tazkirah tersebut adalah mengenai tanda2 Lailatul Qadar.. Oleh kerana ibadah puasa telah memasuki hari yang ke 23.. Maka bersama2 la kita meningkatkan lagi amalan ibadah kita sepanjang malam..
Antara ibadah yang boleh dilakukan adalah banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan beristigfar kepada Allah S.w.t selain melakukan solat2 sunat yang lain seperti solat sunat tahajud.
ok la...
Apakah tanda2 bagi malam Lailatul Qadar ini?.. Biasanya orang kampung saya memanggilnya malam 7 Liku....
Anda boleh klik link di bawah ini:-
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2008/09/11/lailatulqadar/
Saya berharap blog encik nasbun nuraini ini tidak lekang dibaca oleh para peminat blog kerana blog itu juga mempunyai banyak lagi ilmu2 nya yang kita perlu tahu dan berkongsi maklumat.
Selamat membaca!!
Posted by cik lala at 8:28 AM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Agama








