BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Tuesday, May 19, 2009

Fine Art Comic is Coming!!




Gambar nie diambil masa kat kem Mind Granded 1st Year, 2006.
masa mula2 masuk UNIMAS...

(Sila klik pada gambar)


Fine Art Comic is Coming!!






Nie semua hanya hiburan..
x ada kena mengena dengan yang lain...

(Sila klik pd gambar untuk tatapan yg lebih jelas)

Watak utama :

Nadia Vassaline Lulu
Chanyuk Yatt
Fafau farah Rifhan
Mr. awangko'
STAR
Yana Awek Zari..

Personality Profiling..

Intro :

People are fairly predictable. Under given circumstances, we tend to think, feel, act and respond in certain beharvioural patterns. Our basic style is that which we describe as

"I'm born like that"

There is no right or wrong or even good/bad style.. The key is appropriateness.


4 Personality style..

* DOMINANCE
- Also known as DRIVER style / OVERCOMER

*INFLUENCE
-Also known as PERSUADER style / EXPRESSIVE

* STEADINESS
- Also known as AMICABLE style / RELATIONAL

* COMPLIANCE
- to Own Standards also known as ANALYTICAL / ORGANISER.


@ All of this tips, i get from my 3p trainner as a 1st day introduction to the courses...

Monday, May 18, 2009

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips yg ke- 5,

Tips hari ini ialah, berlakon seolah-olah anda sudah berpengalaman bercakap di depan khalayak ramai dan berlakon seolah-olah anda sangat yakin untuk berucap.


Tips ini adalah sama seperti jika anda malas belajar atau malas membaca buku. Walaupun anda berlakon sahaja, minda anda tidak dapat membezakan sama ada anda benar-benar yakin atau berlakon. Jadi minda anda akan mengarahkan tubuh badan anda bergerak seperti seorang yang sangat yakin dan berpengalaman.


Tips ini sangat penting untuk permulaan anda mahu berucap. Dengan berlakon begini, anda akan bergerak menuju ke hadapan orang ramai dengan langkah yang yakin. Itu sudah memadai buat permulaan.


Yang pentingnya, pendengar anda akan melihat anda sebagai orang yang yakin dan mula menumpukan perhatian kepada apa yang ingin anda katakan.


Selamat mencuba.

Mutiara Kata..

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).

Hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu.(maksud hadis).

Warna kulit dan bahasa yang berlainan adalah suatu tanda kebesaran Ilahi.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu..


Inilah ibuku, Zahra binti Salleh..



Aku bersama adik beradik ku yang lain...
Nurul azizan (duduk) & Nurul ashikin (berdiri)




Semua gambar tu, aku ambik mase hari raya tahun lepas, 2008..
Tapi boleh la.. sekarang nie aku jauh di perantauan, so susah ckit nak ambik gambar ibuku..
Nasib baik ada gambar tue.. haha..


Sunday, May 3, 2009

PROMOSI GELANG KRISTAL SARAWAK...


Kristal Kuning Dan Mutiara Asli..
(KOD : A1)


Kristal Biru Dan Mutiara Asli
(KOD: B1)


(B1)

Antara koleksi yg dijual.

* Kristal merah dan mutiara asli.
* Kristal Hijau dan mutiara asli.

Tiada dalam paparan tetapi bentuknya sama dengan A1 dan B1.


Ini pula 100% Mutiara asli.
(KOD : C1)




Untuk Set ini : Rantai (Loket Tiger Eye), Gelang, Cincin, dan Anting-anting.


Harga Biasa : Gelang Kristal : RM 45
Harga Biasa : 1 set Mutiara : RM 100.

Harga Promosi : GELANG KRISTAL HANYA RM 30!
Harga Promosi : 1 SET MUTIARA HANYA RM 80!

Sekiranya anda membeli :-

* 2 set mutiara, Harga Promosi HANYA RM 150.

Tawaran promosi ini tamat pada 31.Mei.2009.
Tawaran terhad.

* Dijamin Original dan Bermutu.

( Kalo nak tahu Mutiara original ke tak, ambik pisau atau gunting kikiskan pada mutiara tersebut dan gilap semula. Sekiranya tak tercalar bermakna itu adalah mutiara asli)

*Penghantaran POS LAJU.

*Kos Penghantaran Hanya RM 10 termasuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

* Tempoh sampai ke rumah anda hanya 2 atau 3 hari sahaja.


JIKA BERMINAT,

Sila email kepada saya:
lazs_karl02@yahoo.com

Sertakan sekali..

Nama, Alamat Rumah, No.Tel dan nama kod.
( Untuk penghantaran)

Cara pembayaran hanya melalui bank, dan nombor akaun akan diberikan setelah tempahan dibuat.

Tempoh tempahan adalah hanya 3 hari, Sekiranya tiada kos pembayaran dibuat..
Tempahan itu batal secara automatik..

* Tiada Jaminan wang dikembalikan sekiranya barang rosak. InsyaAllah, Selamat Sampai.



** Cik Lala hanya menjadi pengantara sahaja...
Selamat membeli..

Peribahasa Melayu

" Ada Hari, Ada Nasi.."


*Maksudnya :-
Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.


" Ada kerak, ada nasi "

*Maksudnya :-
Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.

" Ada Ketiak, ada bulu "

* Maksudnya:
Kena la cukur beb...

Dinner Anak2 Terengganu, UNIMAS (2007)


Majlis Perjumpaan Anak2 Terengganu ini diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Dr. Abd. Latif Awang.


Ini gambar aku dengan Iza.
Kami berdua terbang dari Terengganu untuk belajar di Sarawak Bumi Kenyalang nie..


Ini pulak member aku, Rosnani dan Nurin..
Diaorang nie Anak jati ganu...


** Semua gambar tue diambil masa aku 1st year student kat UNIMAS...
Sekarang dah nak graduate, sajer nak berkongsi pengalaman...
ahax...


3 cahaya di hari kiamat.

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan
mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama
"Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.
Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan
zakat.Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."

Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

mIni tips yang ke 4,

Tips nie rasenyer paling mudah dan berkesan.. tapi bergantung pada korang je la..


* Cari sebatang pokok (yang hidup atau mati, yang besar atau kecil.)

* Berdiri mengadap pokok tersebut….

* Cuba bercakap dengan pokok tersebut……

* Cuba bercakap dengan nada yang menarik, naik dan turun…..

* Cuba buat memek muka yang menarik….

* Adakah anda rasa malu jika anda lakukan perkara tersebut.

* Setelah anda cuba bercakap dengan pokok tersebut dengan cara terbaik anda, apa yang anda rasa….?

(Tips: jangan lakukan perkara ini apabila ada orang disekeliling anda. Nanti orang ingat anda gila… )


Tahniah!



Tahniah atas perlantikan menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada 3.4.2009 baru2 ini...



Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips ke 3,

Kali mari cube teknik ini pula...

Tarik nafas anda selama 7 saat perlahan-lahan….. kemudian, tahan nafas anda selama 7 saat….dan lepaskan nafas anda perlahan-lahan selama 7 saat juga…… di masa yang sama, kosongkan fikiran anda. Maksudnya, jangan fikir tentang apa-apa….. cuba beberapa kali.

Jika ini kali pertama anda mencuba cara ini, anda mungkin rasa pening sedikit. Tidak mengapa. Setelah anda amalkan, anda akan rasa segar dan bersemangat setiap kali anda lakukan latihan ini.

Jadi, setiap kali anda mahu bercakap dikhalayak ramai, mulakan dengan menarik nafas yang dalam dan panjang. Perhatikan juga cara anda bernafas semasa anda berucap. JIka anda rasa gugup semasa berucap, perbetulkan cara anda bernafas. Anda akan berucap dengan lebih baik.

Perhatikan juga kelajuan anda bercakap. Jika anda bercakap terlalu laju, mungkin anda juga sedang bernafas dengan laju. Jadi, perlahankan. Kawal semula pernafasan anda dan tingkatkan rasa keyakinan diri anda semasa berucap.


Selamat mencube... :)

Saturday, May 2, 2009

My Fine Art Member...


Sume nie kengkawan aku... Sajer je nak post...

Dari Kiri : Shuhana, Liyana, Fatimah dan yg berdiri tue, Nurin...


Yg nie plak Pija dan Muna...



Jejaka yg kena himpit kat tengah2 tue Syauqi namanya....
Yg kat tepi tue Liyana dan Agnes...
Masa nie kitaorg ada Dinner Vat..
Maser nie 1st year..
So, skima ckit..



Mase nie diaorg tengah bertungkus lumus menyiapkan projek En.Awang..

Dari kiri : Kak Syaida, Agnes, Fatimah, Ain dan yg menyibuk kat atas tue
Nurin....



Mase nie plak sume bebudak Painting Fine Art ke Muzium Kuching
Sarawak.

Dari kiri : Azlina Kaklong, Haleza Lee (duduk), Halimah ( baju coklat tue0, Muna, Suziana, Abg. Bob (Ketua Penghulu) Pija, Norizah dan Liyana.




Yg berapi-api nie plak, diaorg tengah masak..
Sampai terbakar Frame tue...

Dari kiri : Ain, Kak Ewa, Kak Syaida, CT Feruz, Suziana, Ros, dan Darlilah..



** Eh?... Mana gambar aku?... Nanti lah aku post.... Sume gambar tue aku test jer kat
www.Caption it... Cube try lok...


Kategori Manusia


Ada 3 Jenis Manusia di Muka bumi ini :-

1) Belajar dari Pengalaman sendiri.
- Mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

2) Belajar dari pengalaman orang lain.
- Mereka ini juga dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

3) Tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun org lain.
- Mereka ni org yg hanyut dengan kebodohan diri sendiri...

** Anda bagaimana?...



Friday, May 1, 2009

Adik Fikri Kehilangan Ibunya...


Adik Fikri baru berusia 10 tahun telah kehilangan ibunya akibat kemalangan jalan raya ditenteramkan oleh neneknya Maharom, 75 tahun...



Lokasi kemalangan hanya 300 meter dari tempat yg dituju mereka sekeluarga untuk ke majlis pertunangan anak saudara allahyarhamah ibunya.


Ibu Fikri, Norwati meninggal di tempat kejadian. Kereta tersebut dipandu oleh suaminya Jaafar juga parah bersama dua lagi anaknya. Adik Fikri hanya cedera ringan...


** Ikuti kisah tragedi ini di Berita Harian 2.Mei.2009 (Muka Depan) untuk maklumat yg terperinci... Walaupun hari ibu bakal menjelma tak lama, adik Fikri telah kehilangan ibunya.
Al-Fatihah....

** Sayangi Ibu anda walau di mana anada berada..



Kata2 semangat..

" Kalo takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai "

Kisah Ibu & Penculik..



Semperna Hari Ibu yg bakal bertandang x lama lagi....


Seorang ibu(tunggal) amat bimbang dengan keadaan anak(tunggal)nya yang telah diculik seminggu lepas. Ibu(tunggal) itu telah menerima panggilan(tunggal) semalam. Penculik itu telah meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 untuk ditukarkan dengan anak kesayangannya. Hari ini dia telah menerima satu lagi panggilan.


Ibu: (takut).. hello...


Noname: Ape hello-hello? Bila mau bagi wang????


Ibu: Tolong lah.. saya tak ada wang sebanyak itu.. tolong lah turunkan harga..


Noname: lu ingat wa ni budak-budak ka? Makin lama tangguh makin mahal maa.. ada ka patut lu mau murah pulak.


Ibu: Tolong lah... saya tak mampu dapatkan duit sebanyak itu sekarang ni...


Noname: Okay.. wa bagi sampai esok hali.. kalu tak dapat gak wa tarik.....


Ibu:(menangis) Tolong jangan tarik nyawa anak saya!! pleasseeeee....


Noname: Apa??


Ibu: Saya tak boleh hidup tanpa anak saya... huuuuuu...


Noname: Haiiyaa.... wa dari syalikat perusahaan kreta maa.. lu punya kreta sula 7 bulan tak bayar.. tiap bulan pun wa ade bagi warning maaa... wa tarik kreta maa.. wa bukan along mau tarik nyawa...


Ibu: (malu)......





adna boelh bcaa ini?

beolh tak adna bcaa parkatean aatu aayt ini?..klaau adna bleoh, nii brmkanea oatk adna jgua pleik..hnaya 50 drapidaa 100 oanrg ynag bleoh..syaa tdaik pryacea bhawaa syaa sbnaerynea bleoh bcaa ini..

taleh dbiutkakn bwahaa oatk mnauisa tdaik mbaecma kselueruahn praktaean taepti hnyaa hruuuf id hpadaan dan id akihr shajaa..hruuf id hpadaan dan id akihr ynag prleu bdarea id tmapet ynag btuel..

kaeadan hruuf lian tadik dmabil kria..dan wlaauupn bterauber, adna msiah dpaat mmaebca nya..dsayat kan? syaa salelau fkiir eaajn aladah ptneig!...forwrad klaau adna boelh bcaa ini..


p/s : Susah tak?... Cube lah korang try =)

Pelita Hati..


Semua gambar ini adalah sebahagian drp. gambar lawatan ke KL 2008,
ia menjadi memori terindah ku bersama2 rakan yg lain
mengharungi kesusahan untuk menjayakan
lawatan ini.

( Aku bersama Khairul main sembunyi2...)



Meniru gaya artis... ahax!
ok tak?



Khairul dan Nadia berposing di sebelah scupture yg di pamerkan.



Gambar ini plak masa kat MDEC... tersesat kat sini plak...
Masing2 meniru gaya watak di belakang...

Best!
Kitaorang tengok
"Saladdin The Making"
Jgn jelous tau...

Dari kiri : agnes, bob, N me..


Ini plak gaya bebas... Bukan renang je yg ada gaya bebas...
Kitaorg byk yg terlajak bebas...
Tp akan menyusur nanti la...
hehe...

Dari kiri : Me, Khairul lagi dan kak Syaida.


Serius jer muka Nurin kat depan tue...
Senyum la ckit...

Dari depan : Nurin, Shadila kecik, Haleza Leng, dan Agnes Yeo.
( Nasib baik khairul tak ada dlm gambar nie! asyik dia je.. hihi)


* Nantikan banyak lagi gambar2 menarik kitaorg semasa lawatan ke KL. TQ.


(Sila Klik pada gambar untuk besarkan imej)



Teknik Bercakap di khalayak Ramai.

Tips : 2

Ini tips yg ke-2, ha? Tips semalam tue dah buat ke tak?...

Sebenarnya, rasa gementar itu adalah normal. Anda akan rasa walaupun anda sudah berpengalaman. Apa yang membezakan seseorang yang berpengalaman atau tidak?...

* seseorang yang berpengalaman tahu bagaimana mahu mengawal dan menggunakan rasa gementar itu untuk menjadi hebat semasa bercakap.


* adakah anda sedar bagaimana cara anda berdiri semasa anda merasa gementar?


* Lakukan latihan semalam sekali lagi.


* Apabila anda sudah dapat bayangkan situasi semalam dan mula merasa gementar, buka mata dan lihat cara anda berdiri.


* Lihat memek muka anda. Lihat kedudukan bahu anda juga. Anda akan lihat bagaimana cara seseorang yang merasa gementar berdiri.


Jadi, pengajaran pertama untuk bercakap dengan yakin di depan orang ramai, anda perlu berdiri seperti orang yang merasa benar-benar yakin. Juga, jangan berdiri seperti orang yang sedang berdebar dan gementar.


Jangan Tonjolkan Gementar anda!!


Selamat Mencuba!

Selamat Hari Pekerja..