BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Sunday, June 26, 2011

Bagaimana Semut Berkomunikasi?


Semut adalah makhluk hidup dengan populasi terpadat di dunia. Perbandingannya, untuk setiap 700 juta semut yang muncul ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Semut merawat bayi-bayi mereka, melindungi koloni, bertempur, memproduksi dan menyimpan makanan. Bahkan ada koloni yang melakukan pekerjaan yang bersangkutan dengan “pertanian” atau “peternakan”. Masyarakat semut disebut koloni, yang terorganisasi luar biasa baik. Tatanan organisasinya memiliki peradaban yang mirip dengan peradaban manusia.


Semut pencari pergi ke sumber makanan yang baru ditemukan. Lalu mereka memanggil semut lain dengan cairan yang disebut feromon, yang disekresikan dalam kelenjar-kelenjar mereka. Saat kerumunan di sekitar makanan membesar, sekresi feromon membatasi pekerja. Jika makanan sangat kecil atau jauh, pencari menyesuaikan jumlah semut yang mencoba mencapai makanan dengan mengeluarkan isyarat. Jika makanan besar, semut mencoba lebih giat untuk meninggalkan lebih banyak jejak, sehingga lebih banyak semut dari sarang yang membantu para pemburu. Apa pun yang terjadi, tak pernah ada masalah dalam konsumsi makanan dan pemindahannya ke sarang, karena di sini ada “kerja tim” yang sempurna.


Contoh lain berkaitan dengan semut penjelajah yang bermigrasi dari sarang ke sarang. Semut ini mendekati sarang tua dari sarang yang baru ditemukan dengan meninggalkan jejak. Para pekerja lain memeriksa sarang baru itu dan jika mereka yakin, mereka juga mulai meninggalkan feromon mereka sendiri (jejak kimiawi) di atas jejak lama. Oleh karena itu, semut yang berjalan di antara dua sarang itu meningkat jumlahnya dan mereka menyiapkan sarang. Selama pekerjaan ini, semut pekerja tidak bersantai. Mereka membangun organisasi dan pembagian kerja tertentu di antara mereka.


Tugas seluruh kelompok yang diperkirakan oleh semut yang mendeteksi sarang baru adalah sebagai berikut: 1. Bertindak sebagai pengumpul di wilayah baru. 2. Datang ke wilayah baru dan berjaga. 3. Mengikuti penjaga untuk menerima perintah pertemuan. 4. Membuat survei terperinci wilayah tersebut.


Tentu saja, kita tidak bisa menyepelekan saja tanpa perenungan bahwa rencana aksi sempurna tersebut telah dipraktikkan semut sejak hari pertama mereka muncul. Pembagian kerja yang disyaratkan rencana seperti ini tidak dapat diterapkan oleh individu yang hanya memikirkan hidup dan kepentingannya sendiri. Lalu muncullah pertanyaan berikut: “Siapa yang mengilhamkan rencana ini dalam diri semut selama berjuta tahun dan siapa yang memastikan penerapannya?”


Semua kategori komunikasi yang disebut di atas dapat dikelompok-kan dalam judul “Isyarat Kimiawi”. Isyarat kimiawi ini memainkan peran terpenting dalam organisasi koloni semut. Semiokemikal adalah nama umum zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi. Pada dasarnya ada dua jenis semiokemikal, yaitu feromon dan alomon.


Alomon adalah zat yang digunakan untuk komunikasi antargenus. Namun, seperti yang dijelaskan sebelumnya, fero-mon adalah isyarat kimiawi yang terutama digunakan dalam genus yang sama dan saat disekresikan oleh seekor semut dapat dicium oleh yang lain. Zat kimia ini diduga diproduksi dalam kelenjar endokrin. Saat semut menyekresi cairan ini sebagai isyarat, yang lain menangkap pesan lewat bau atau rasa dan menanggapinya. Penelitian mengenai feromon semut telah menyingkapkan bahwa semua isyarat disekresikan menurut kebutuhan koloni. Selain itu, konsentrasi feromon yang disekresikan semut bervariasi menurut kedaruratan situasi.


Seperti terlihat, diperlukan pengetahuan kimia yang mendalam untuk mengelola tugas yang dilakukan semut. Kita dapat menganalisis zat kimia yang diproduksi semut hanya melalui uji laboratorium, dan harus menuntut ilmu bertahun-tahun untuk dapat melakukannya. Namun semut dapat menyekresikan zat ini kapan saja mereka perlu, dan telah melakukannya sejak hari mereka menetas, serta tahu betul tanggapan apa yang perlu diberikan kepada setiap sekresi.


Kenyataan bahwa mereka dapat mengidentifikasi zat kimia secara tepat begitu menetas menunjukkan adanya “instruktur” yang memberi mereka pendidikan ilmu kimia saat menetas. Mengklaim hal sebaliknya berarti menerima bahwa semut telah mempelajari ilmu kimia perlahan-lahan dan mulai melakukan percobaan: ini melanggar logika. Semut mengenal zat-zat kimia ini tanpa pendidikan apa pun saat menetas.


Kita tak bisa berkata bahwa semut lain atau makhluk hidup lain adalah “guru” semut itu. Tak ada serangga, tak ada makhluk hidup, termasuk manusia, yang mampu mengajari semut cara memproduksi zat kimia dan berkomunikasi dengannya. Jika ada tindakan pengajaran sebelum lahir, satu-satunya kehendak yang mampu melakukan tindakan ini adalah Allah, yang merupakan Pencipta segala makhluk dan “Rabb [Pendidik]” langit dan bumi.

  • Dikutip dari buku Menjelajah dunia semut karya Harun Yahya

Beza hedonisme dan seni



SITI fikir istilah “seni” kerap disalahgunakan oleh sebahagian besar artis kita. Mereka kata, menyanyi atau berlakon itu satu seni. Memang betul itu seni. Tapi yang tidak betulnya penghayatan mereka tak sampai tahap seni.

Persembahan mereka jauh sekali untuk dilihat sebagai karya seni. Malah pemikiran mereka ketika ditanya wartawan pun tak memperlihatkan ketinggian seni yang diharungi itu.

Kerana itu bagi Siti, mereka ini bukan terlibat dalam seni. Mereka mempromosi budaya hedonisme. Maksud hedonisme ialah hiburan yang melampau dan tak memberi hasil yang baik dari penglibatan itu. Budak-budak Melayu paling teruk dilanda oleh gelombang hedonisme ini. Mereka inilah pengagum program televisyen realiti yang di bawah standard.

Siti perasan gelombang budaya hedonisme ini ketara sekali selepas kemunculan Akademi Fantasia. Budak-budak Melayu termasuk bapa budak dan mak budak terpasung di depan televisyen. Mereka kagum sangat. Ini bukan penghayatan seni.

Memuja budaya hedonisme. Selepas Akademi Fantasia, sekarang ini berlambak program yang formatnya sama; Mentor, Malaysian Idol, Raja Lawak dan banyak lagi bukan diadili kerana ketinggian seni. Mereka dipilih dan diadili oleh pengagum hedonisme.

Jadi, apalah yang boleh kita harap dari program begini? Lambakan program berselera rendah dan menjurus hedonisme ini menjadi penanda aras khalayak yang menjadi talian hayat program begini. Sebahagian besar orang Melayu memang suka hiburan. Tapi mereka tak suka selangkah ke depan hingga ke tahap menghayati seni.

Tengoklah tahap lawak dalam Raja Lawak, itulah tahap khalayak Melayu yang menjadi pengagum Raja Lawak. Siti ada terbaca rungutan seorang penonton bahawa program lawak kita sudah berani membuat sketsa wanita nak bersalin di atas pentas. Siti tak terkejut kerana inilah mentaliti pelawak yang kita tonjolkan. Inilah juga mentaliti stesen televisyen dan inilah juga mentaliti penonton.

Sama-samalah kita fikirkan ke mana kita akhirnya? Orang Melayu suka sangat penglipurlara. Malangnya mereka larut dalam penglipurlara hingga tidak ada masa untuk berfikir tentang masa depan dan hakikatnya. Siti ingatkan sekali lagi, orang Melayu jauh tertinggal di belakang.

Orang Melayu sentiasa diperalatkan. Kalau tak percaya tengoklah siapa yang paling banyak “sedekah” kepada stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi kerana undi SMS? Inilah kesan buruk di depan mata dari gelombang hedonisme yang melanda orang Melayu.

SITI JARUM: Hah... puak India bising lagi pasal Interlok. Bingung sungguh.



Artikel ini diambil dari Utusan Malaysia Ahad 26/6/2011

Saturday, June 25, 2011

Tanamkan sikap membaca



Kenapa kita harus membaca?..


Dalam Al-Quran sendiri.. Allah menurunkan ayat @ perkataan yang pertama adalah Iqra' yang bermaksud BACA....

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…


Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta) :)


Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.


" Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?"

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!


Berikut adalah jumlah buku yang dibaca oleh jutawan dari Malaysia :-

1) Irfan Khairi = 400 buku dalam masa setahun

2) Azizi Ali = 700 buku dalam masa setahun

Mengapa Air Sangat Penting Kepada Tubuh Kita?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda, tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!


Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Contoh kalau kita lihat di sekolah kolej atau univerisity, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak? Cuba anda fikir-fikirkan.

Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air

Diantara kepentingan air untuk tubuh badan kita.

  • Air menstabilkan suhu badan
  • Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
  • Air melembabkan udara dalam paru-paru
  • Air meningkatkan kadar metabolisma
  • Air melindungi organ-organ
  • Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
  • Air melindungi dan melembabkan rawan


Apakah kesan negatif yang akan berlaku sekiranya kita kekurangan air?

Tubuh selalu kepenatan. Memang dapat dirasakan, tubuh akan cepat terasa sangat letih. Buat kerja pun jadi lambat, tak berapa nak produktiviti.


Kesan-kesan lain.

  • Sakit kepala yang kerap atau migrain.
  • Sembelit. Yela, bila dah air dah kurang.
  • Ketegangan otot
  • Tekanan darah yang tidak seimbang
  • Masalah buah pinggang
  • Kulit kering
  • Risiko Kematian

*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air.


Oleh yang demikian, marilah kita semua mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta jangan lupa minum air kosong yang banyak (bergantung kepada individu) kerana ia bagus untuk sistem perkumuhan dan juga sistem peralihan darah dalam badan kita.

Friday, June 24, 2011

Majlis Kawin Alissalai Summani 1 April 2011

Inilah kawan ku, Alissala Suwanmani dan suaminya, Boon Cit Chot yang berasal dari Perlis Indera Kayangan... Meriah majlis kawinnya tetapi aku dan Dayah salah tarikh sebab masa aku pergi sana, 1hb april 2011 adalah majlis makan sepanjang hari.. Kami ingatkan hari dia bernikah rupanya esok baru dia nikah... hohohoho...


Gambar ni di ambil masa dalam kereta. On the way nak pergi rumah Alis.. Yatt yang bawak kereta sebab kami tak familiar sangat dengan jalan kat Kedah dan Perlis ni...

Member aku Yah sempat promote minuman kegemarannya lagi.. Yang aku x puas hati dia dah delete gambar yang aku ambik secara spontan. Alasannya, dia nampak x cantik dalam gambar tu.. walapun dia sememangnya cantik orangnya.. ahaha puji lak!!


Ini gambar best friend aku masa di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Agnes Yeo Sze Wei.. waa siap letak nama penuh lagi tue.. selamba je dia pakai short pant.. Dia dari semalam lagi dah berkampung kat rumah alis nie..

Rasanya dah 2 tahun kami x jumpa.. akhirnya, jumpa juga... Kami tamat pengajian tahun 2009 sekarang dah tahun 2011.. lama tu.. siap cakap aku dah gemuk.. Yatt pun cakap benda yang sama " Lala ko da gemok r"


Sementara menuggu Alis siap berdandan, kami bukannya boleh duduk diam2.. kamera kalo x habis bateri memang x sah.. so, apa lagi... 1... 2... 3... peace!! Ambik gambar saja keje aku..


Sempat berposing dengan hadiah masing2......

Berposing dulu sebelum meraikan pengantin perempuan....... hihihi


Ini adalah hiasan dalam bilik Alis.. Satu pendekatan yang baru bagi aku sebab sebelum ni, aku x pernah tengok cara orang Siam berkawin., Tengok kad banyak tergantung..


Yang ni pulak gambar aku dengan Dila Kecik sebab da boring kan x tau nk buat apa.. So, duk dalam bilik pengantin tu posing je keje kami..... hahaha..... Da lama x ambik bersama member2 lama... hihihi



Adus....... banyaknya kamera!! Aku mmg obses dengan DSLR.. Sekarang pun masih kumpul duit nk beli DSLR........ tu semua ALis dan Yatt yang punya..... Aku Punye DSLR??..... Tuguuuuuu... Coming soon..... hahaha


Gaya seorang camerawoman!!
hahaha......



Yatt try ambik gambar dila kecik...... Yatt test camera dia sbab dia kata camera dia da lama da... da kurang sharp mcam dulu2 lagi... yela semua barang kalo da lama pakai mmg mcm tue....... sama cam manusia gak kan?.. Macam mana la kita nanti kalo da tua...... InsyaAllah kalo umur kita panjang..... amin.......hehehe

Gambar dari kiri: aku dan Dila kecik..... yang kedua tu adalah aku, Alis (pengantin perempuan) dan Agnes... yang ketiga itu aku lagi dengan Alis dan Dayah... hahaha....

Wednesday, June 15, 2011

Zivilia Band - Aishiteru Lyrics

l


Salam....

Ini merupakan lagu yang aku minat dan mesti dengar setiap hari. Mood orang tengah angau bercinta kan.. hahahaha...

Sebenarnya ni lagu OST bagi sinetron "Cinta Melody" yang dinyayikan oleh Zivillia Band. Best gak citer ni pas balik keje mesti layan citer ni dulu... hihi

"Cinta Melody" mengisahkan seorang gadis yang bernama Melody (dilakonkan oleh Chelsea Olivia) yang secara kebetulan accident dengan Elang (Randy Pangalila).. Mereka sering bertengkar dan akhirnya jatuh cinta seterusnya berkahwin..

Namun, kebahagiaan mereka hanya bersifat sementara.. Di waktu Melody tahu dirinya mengandungkan anak Elang.. Elang pula mengalami kemalangan dan hilang ingatan.. Di saat Melody keseorangan dan kesunyian, muncullah Raffi (Fendi Chow) seorang lelaki yang sangat mencintai dan menyayangi Melody. Raffi juga sanggup membahagikan kasih sayangnya kepada Melody dan juga bayi yang bakal dilahirkan Melody..

Elang terlambat apabila mengetahui Raffi dan Melody akan bernikah.. Raffi dikategorikan suami yang romantis dan penyayang.. (saya suka watak dia.. ahaha) Raffi bukan sahaja menyayangi Melody bahkan menganggap Raya (anak Melody dengan Elang) seperti anaknya sehingga sanggup membahayakan nyawanya demi menyelamatkan Raya dari terjatuh..

Di akhir sinetron ini, Melody akhirnya sedar bahawa dirinya amat menyayangi Raffi. Akhirnya, Elang mengalah dan tidak muncul lagi dalam hidup Melody.. Biarlah Melody hidup bahagia dengan Raffi dan Rayya...

Haahaha... panjang pulak aku karang!! hahaha

Avril Lavigne - What the Hell [Lyrics on screen] HD