Salam semua...
Lama betul nak update blog nie.... cerita tentang detik cemas ni pun macam dah nak basi dah... hahahahaha... tapi x pe la.. aku tetap nak sambung cerita aku yang dah x berapa nak suspen lagi tuh.... hihihi
Lepas aku dengar jer perkataan "AMBULANS"... aku cuba sedaya upaya aku untuk bangun... dan berkat usaha itulah aku berjaya bangun.. tetapi rasa sakit itu masih menyerang dada aku... Oleh kerana hari itu adalah hari bekerja, kawan2 aku yang baik hati ni pergi la TUMBPRINT kerja dulu......
Dalam jam 830 pagi, aku dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu... Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku di hospital ini selepas aku datang untuk terima rawatan XRAY lutut aku yang cedera kerana bermain futsal... (itulah gatal sangat main futsal... x ada penyakit.. cari penyakit!!)
Dari jauh aku melihat betapa ramainya orang kerana terpaksa PARKING kereta di luar kawasan hospital... Semasa aku mendaftar, aku diberikan nombor....... korang tau nombor berapa?
no.81....!!!
Tergamam aku melihat nombor yang tercatit itu... Lalu aku terpandang nombor di skrin pintu masuk untuk berjumpa doktor... korang tau, nombor berapa?
no.1.... !!
Kali ni, aku tak tergamam tapi aku terus taye kat kaunter tu...
" Abang... lambat lagi ke giliran saya?.. Saya dah kronik nie..." dengan selambanya aku bertanya.
" Adik nombor berapa?" (abang tu panggil aku adik??.. muda sgt ke aku nie... alamak angkat bakul sendiri la pulak.. hahaha)
" no.81..."
" Memang lambat pun.. doktor pun belum masuk lagi" abang kaunter tu jawab...
Ngapp!!
Aduhh.. penyakit itu datang menyerang lagi!!
Kawan2 aku yang baik hati ni bersepakat untuk merujuk aku kat Klinik Azmi, klinik yang aku pergi semalam untuk dapatkan rawatan...... Sebab dia ada rekod kesihatan aku.. Bijak x kawan2 aku?.. tengok lah kawan sapa kan.. ahahaha...
Dr. Azmi memberi surat rujukan untuk aku membuat Xray di unit kecemasan sebab rawatan biasa kemungkinan besar x nampak... So, kami bertiga (aku, cik Dila dan cik Yana) terus ke hospital Kemaman sekali lagi... Seorang lagi kawan aku Sierra Juliet ada kelas.. so dia terpaksa balik ke kolej dulu.. apapun aku bersyukur sebab dia ada di samping aku masa aku sakit.. heheh
Sampai sahaja di hospital kemaman.......................
* Bersambung (bagi suspen sikit, hahaha)
Anda orang yang ke?
Download free web counter code here. |
Monday, December 12, 2011
Sambungan Detik Cemas 16. November. 2011
Posted by cik lala at 4:56 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Bagaimana komen anda?...:
Post a Comment