BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Wednesday, April 29, 2009

Last Final Exam setelah 3 tahun di UNIMAS.

Nak dipendekkan cerita....

Cik lala : Hello?... Darlilah ke?...

Dengan otak yang kebinggungan sebab membaca nota Pn. Rahah,
Darlilah mencari2 telefon bimbitnya. Tak tau jembalang mana
yang kol tengah2 malam buta nie...

Nombor yg tidak dikenali tertera dan serta merta Cik Darlilah terfikir :
Nie nombor Along yg mintak utang ari tue ker?.. Mampus la aku...
Macam mana dia tau nombor telefon aku nie?...

Cik Darlilah : Yea, saya. Sapa nie?...

Cik Lala : Kamu ada ambik tak kad matrik dan slip exam saya tadi?..

Cik Darlilah : Erm, tak la... Nape?...

KENAPA?...........
SEBAB KAD MATRIK DAN SLIP EXAM HILANG LA....

Selama 3 tahun Exam, aku tak pernah hilangkan 2 perkara penting tue...
Dengan tekad, aku bangun seawal 5 pagi untuk ke pejabat fakulti walaupun
pejabat bukak jam 8 pagi...

Dan dengan selambanya, akak kaunter tue kata.....

Akak Kaunter : Adik pergi dulu kat *ET kalo tak jumpa datang sini balik..
(Setelah aku naik turun pejabat yang 4 tingkat tue..)

Berlari la aku dengan sahabatku, Agnes Yeo yang matanya masih bengkak
kerana mentelaah sehingga lewat pagi... Ebtah dia baca atau tengok movie..
Ntah la... Lupa pasang cctv kat bilik dia...

Abang kat ET : Cube adik pergi cari kat pejabat, mungkin dia ada extra slip...
( Fuh, kalo mcm nie... tak lama lagi aku tinggal tulang la... asyik naik turun
pejabat jer )

Nasib baik aku kol Pn.ANa Durin, pensyarah yg aku exam semalam...

Pn. ANA : Oh, kamu la orang nyer yg tertinggal kad matrik tue...
Puas saya tanye kat pelajar lain tapi mereka tak kenal..
Nampaknya kamu tak famous laa...

Walau apa pun, aku nak berterima kasih banyak2 kat Pn. Ana yang
menyimpan kad matrik dan slip exam... kalo tak, TAK EXAM la aku
jawabnyer....


*Terima kasih juga kepada yg lain kerana turut membantu aku dalam
mencari kad matrik dan slip exam dan membaca blog nie... Lepas dapat
slip aku asyik pegang jer sampai kena perli di Cik CT Feruz....


*ET = Experiment Teater, FSGK,UNIMAS.

2 Bagaimana komen anda?...:

MaMa Echa&Umar said...

huhu..lain kali jgn cuai ek

nasib baik puan ana 2 baik..

xtahan doh baca entry d atas..hahahaha

kelakar!

cik lala said...

arap2 dila tak baca kisah nie...

Dia watak utama sbb dia org pertama yg saya kol malam kehilangan kad tue...

ahax...@_@