Semua gambar ini diambil pada tahun 2009, semasa semester terakhir ... heheh.. yang lelaki bujang nya tinggal abg bob yang baik jer... teruna2 yang may be masih tido lagi kot.. hahaha.. "Dare to be Different"
Setiap orang ada impian... begitu juga diri ini... Selamat memburu impian...
| Download free web counter code here. |
Semua gambar ini diambil pada tahun 2009, semasa semester terakhir ... heheh.. yang lelaki bujang nya tinggal abg bob yang baik jer... teruna2 yang may be masih tido lagi kot.. hahaha.. Posted by cik lala at 6:12 AM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: kisah di UNIMAS
Salam 1Malaysia kepada semua...
Bertarikh 22 January 2011 iaitu pada hari sabtu, kolej kami Ranaco Education & Training Institute telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Ehsan yang terletak di Bandar al-Muftaffi Billah Shah, Dungun Terengganu.



Kami disambut mesra oleh penyelia Rumah Ehsan iaitu En. Faizal bin Ismail dan diberi sedikit taklimat mengenai pengenalan Rumah Ehsan tersebut.
Posted by cik lala at 8:26 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Aktiviti Kelab
Sebuah patung raksasa yang menyerupai monyet, gemuk dan berwarna-warni dalam posisi terlentang telah menjadi salah satu tarikan yang paling popular di kota Sao Paolo Brazil. Patung monyet ini telah muncul sebagai blog spam foto di berbagai ruangan internet mereka.
Patung monyet ini dibuat oleh Florentijn Hofman dan merupakan sebuah karya seni yg menarik kerana diperbuat dari 10,000 sandal yg berwarna-warni yang merupakan simbol sejati dan popular di pantai Brazil. Patung ini dibuat milik Pixelshow Design Congress 2010 dibuat dengan bantuan dari mahasiswa seni tempatan.




Posted by cik lala at 6:12 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Seni

1. Fikirkan Boleh : Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogankata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya:
Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?
3. Berdikari :
Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
4. Berfikir Secara Kreatif :
Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.
5. Bersikap Positif dan Optmitis:
Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.
6. Berilah sedikit masa untuk berjaya :
Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima, tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.
7. Rujuk matlamat hidup :
Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.
8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran :
Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.
9. Fahami fitrah alam :
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.
10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran :
Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?
Posted by cik lala at 7:01 AM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Motivasi
Salam.....
Ramadhan telah menjelma marilah kita sama2 menghayati dengan meningkatkan lagi amalan kita seharian kerana manfaat dan syafaat bulan ini tidak terdapat di mana2 bulan yyg lain....
Amin.......
Ini antara kuih muih tradisional yang terdapat di bazar ramadhan.... hihihi...




Posted by cik lala at 7:36 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Keluargaku..
Salam...
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?
guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...
dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?
pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...
maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..
Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website
http://www.maskahwin.com/index.php?ref=lala
Insyallah, dapat membantu.
Bye!
Posted by cik lala at 3:38 AM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Promosi
Hehe.... punya lah lama tak aktif kan blog erk... nanti ada banyak lagi panduan....
Posted by cik lala at 12:30 AM 0 Bagaimana komen anda?...