Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain.
Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah hasil tulisan seorang penulis yang saya kira sangat baik untuk dikongsi bersama. Tulisan beliau ini berkisar tentang nasihat dalam surat kuno yang ditulis oleh Zhuge Liang (181 m-234 m) kepada anaknya. Menurut analisa penulis dari surat kuno tersebut, berikut adalah sikap-sikap yang menguatkan hidup seseorang manusia:-
Anda orang yang ke?
Download free web counter code here. |
Wednesday, June 29, 2011
Sikap: Menjadikan seseorang itu berjaya
Posted by cik lala at 7:58 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Motivasi
Tuesday, June 28, 2011
Majlis pertunangan Fadhilah & Fahmi 01.01.2011
Posted by cik lala at 9:55 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Tempat yang kami selalu lepak... Roti Boy!!
Posted by cik lala at 9:30 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Riadah
Ambik Angin di Kuala Kemaman
Posted by cik lala at 9:06 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Riadah
Siapa sebenarnya Ambiga?
KUALA LUMPUR 25 Jun — Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.
Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Justeru penganalisis politik berpendapat tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof. Dr. Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.
"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak," katanya kepada Bernama.
Tegasnya, keperluan menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.
Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr. Zainal Kling pula menyifatkan golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga. Katanya, mereka terlampau mengikut parti tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing.
"Lebih baik buat tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan NGO. Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik) terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.
Zainal menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi "kekotoran" dalam parti pembangkang.
"Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara," katanya. — BERNAMA
P/s: kepada semua orang melayu jangan mudah terpedaya dengan kelicikan Ambiga yg petah berkata2 nie.... Saya x mahu negara kita jadi tanah jajahan lagi... tengok la pe yg jadi kat Penang bila DAP mengambil alih.. DAP mmg jahat sbb nak rampas hak orang melayu.. Lama2 hak org melayu akan tergadai.. So bg pengikut BERSIH, adakah itu yg anda mahu?.... hak melayu dihapuskan?... fikir la sendiri!!
Posted by cik lala at 1:44 AM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Politik
Monday, June 27, 2011
Dinner kat Awana Kijal 14 may 2010
Ini semua antara gambar yang di ambil semasa Dinner kakitangan R.E.T.I di Awana Kijal
Ini gambar Suzana Dan Muslim
Kamalia bertugas di bawah unit peperiksaan RETI.... Dia juga merupakan bekas pelajar RETI juga.....
Staff Ranaco dari Indonesia..... hehe ada ramai lagi staff dari sana...
kalo bg bapak aku mesti dia suka sebab dia suka asah mata golok dengan grander tu ... heheh
Posted by cik lala at 10:23 PM 0 Bagaimana komen anda?...
Labels: Aktiviti Kelab