BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Saturday, December 17, 2011

Kalendar ciptaan aku............... :)




Salam........

Rupa2nya... dah 2 tahun aku graduat sebab kalendar yang aku buat pada tahun 2009 ni, dah nak berakhir tahun nie... hohoho... aku guna perisian Adobe Photoshop cs3 time nie.....



Ini muka depan kalendar aku....




Untuk bulan January 2009..
aku letak gambar2 pensyarah kesayangan iaitu
En Anuar Ayob, En Zulkarnain Zainal Abidin dan En Awangko Hamdan...




Ini adalah Shang Fui Fung, dari Sabah..
Major in Photography..



Ini pula Siti Nurain Bt. Masraban, dari Selangor
Major in Electronic Art..



Ini Nur Azniza Bt Ariffin dari Kelantan
Major in ceramic..



Yang ini.. Mohd ShauQi bin ismail, dari Kelantan
Major in Photography..



Yang baik ni, Mohd Firdaus bin Ismail @ Bob yang baik..
asal dari Selangor, Major in Electronic Art.



Ini pula Fatimah az-Zahra bte Jumaat dari Johor
Major in Painting.



Ini pula, Nordarlilah Binti Abd Rahim dari Pahang,
Major in Photography..



Yang kecik2 ni pulak, Siti Fairoz binti Ibrahim..
Dari Jerteh Terengganu,
Major in Electronic Art.



Ini pula Siti Suhana binti Awang, dari Kelantan
Major in Ceramic..



Yang ini Nur Shadila Binti Shafei, Asal Kedah darul Aman..
Biasanya kami panggil dia kecik.. (mcam lah aku ni x kecik?)
Major in Photography..



Untuk Penghabisan tahun 2009.. aku letak gambar kawan aku ni..
Nurul Siti Roslinda Bt Abdul Rahman
Asal Kelantan major in electronic art...



Next time aku sambung yang tahun 2010 & 2011 pulak erk...
Selamat tahun baru
2012!!

Sambungan Detik Cemas 16.November.2011



Salam senyum semua...


Sampai sahaja di Hospital Kemaman.......
(sambungan cerita hari tu, bahagian terakhir.. hahaha)


Member aku, Cik Dila mendaftarkan nama aku di Unit kecemasan.. dalam 45 minit aku menanti... Sepanjang menanti itu, aku dapat saksikan beberapa orang yang sakit.. huhuhu hospital yang menakutkan......


Aku tengok ramai yang masuk ke dalam bila keluar je menangis.. takut aku tengok... selepas itu, ada seorang remaja belasan tahun duduk atas kerusi roda menangis kerana menahan kesakitan.. mulanya aku ingat dia accident sebab lutut dia ada calar-calar....


Rupa2nya, anak dia baru lepas pembedahan hati...... huhuhuhu........


Then,. aku pun dipanggil masuk ke dalam... dan doktor kata aku sakit biasa..... kemungkinan lambat makan...... hahahahha..... so, kesimpulannya... jangan lambat makan!!! hahaha...




* Malam tu, aku sakit lagi... dan pergi ke hospital lagi.. kali ni, aku kene Xray... Dr.Ihab kata, gas banyak dalam perut dan dia nk bg suntikan... hohohoho.... terus aku balik.. hahahah.....




Tahniah Sultan Kedah sebagai Yang diPertuan Agong ke-14


Salam 1 Malaysia buat semua....


Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan ribuan tahniah kepada Sultan Kedah iaitu Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai YDPA Malaysia yang ke-14....



Untuk keterangan lebih terperinci mengenai baginda tuanku... ley la klik kat sini kat bawah nie...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Halim_Mu%E2%80%99adzam_Shah_ibni_Almarhum_Sultan_Badlishah


Monday, December 12, 2011

Perhargaan buat Tuanku Mizan zainal abidin selama menjadi Yang diPertuan Agong Malaysia...

Sultan mizan satu..


Sultan Mizan dua....


Sultan Mizan tiga...


Sultan Mizan empat...


Sultan Mizan Lima...


Sultan Mizan enam...



Sultan Mizan tujuh...



Sultan Mizan lapan...



Sultan Mizan sembilan...



Sultan Mizan sepuluh...



Kesemua gambar-gambar Sultan Mizan itu, saya ambik dari internet jer.. bukan yang saya ambik.. hehehe... then, edit2 sikit.... hehehe....

Sambungan Detik Cemas 16. November. 2011

Salam semua...


Lama betul nak update blog nie.... cerita tentang detik cemas ni pun macam dah nak basi dah... hahahahaha... tapi x pe la.. aku tetap nak sambung cerita aku yang dah x berapa nak suspen lagi tuh.... hihihi


Lepas aku dengar jer perkataan "AMBULANS"... aku cuba sedaya upaya aku untuk bangun... dan berkat usaha itulah aku berjaya bangun.. tetapi rasa sakit itu masih menyerang dada aku... Oleh kerana hari itu adalah hari bekerja, kawan2 aku yang baik hati ni pergi la TUMBPRINT kerja dulu......


Dalam jam 830 pagi, aku dihantar ke Hospital Kemaman, Terengganu... Ini kali kedua aku menjejakkan kaki aku di hospital ini selepas aku datang untuk terima rawatan XRAY lutut aku yang cedera kerana bermain futsal... (itulah gatal sangat main futsal... x ada penyakit.. cari penyakit!!)


Dari jauh aku melihat betapa ramainya orang kerana terpaksa PARKING kereta di luar kawasan hospital... Semasa aku mendaftar, aku diberikan nombor....... korang tau nombor berapa?


no.81....!!!


Tergamam aku melihat nombor yang tercatit itu... Lalu aku terpandang nombor di skrin pintu masuk untuk berjumpa doktor... korang tau, nombor berapa?


no.1.... !!



Kali ni, aku tak tergamam tapi aku terus taye kat kaunter tu...


" Abang... lambat lagi ke giliran saya?.. Saya dah kronik nie..." dengan selambanya aku bertanya.


" Adik nombor berapa?" (abang tu panggil aku adik??.. muda sgt ke aku nie... alamak angkat bakul sendiri la pulak.. hahaha)


" no.81..."


" Memang lambat pun.. doktor pun belum masuk lagi" abang kaunter tu jawab...


Ngapp!!


Aduhh.. penyakit itu datang menyerang lagi!!


Kawan2 aku yang baik hati ni bersepakat untuk merujuk aku kat Klinik Azmi, klinik yang aku pergi semalam untuk dapatkan rawatan...... Sebab dia ada rekod kesihatan aku.. Bijak x kawan2 aku?.. tengok lah kawan sapa kan.. ahahaha...


Dr. Azmi memberi surat rujukan untuk aku membuat Xray di unit kecemasan sebab rawatan biasa kemungkinan besar x nampak... So, kami bertiga (aku, cik Dila dan cik Yana) terus ke hospital Kemaman sekali lagi... Seorang lagi kawan aku Sierra Juliet ada kelas.. so dia terpaksa balik ke kolej dulu.. apapun aku bersyukur sebab dia ada di samping aku masa aku sakit.. heheh


Sampai sahaja di hospital kemaman.......................






* Bersambung (bagi suspen sikit, hahaha)