BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Anda orang yang ke?

free hit counter
Download free web counter code here.

Saturday, July 30, 2011

Selamat berpuasa dan menjalanikan ibadah sepanjang bulan Ramadhan al mubarak ini....



Salam...


Esok umat Islam akan mula berpuasa. Aku ingon mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.... Banyak fadilat yang akan kita terima dan pahalanya berganda2......


Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)


Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."


Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:


  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga


  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.


  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka


  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi


  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup


  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."


Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.

Saturday, July 23, 2011

Beza umur bukan halangan


PERCINTAAN mereka tidak sehebat pasangan lain. Pasangan ini tidak pernah ‘bergayut’ berjam-jam di telefon, apatah lagi keluar menghabiskan masa bersama.


Bagi Datuk Paduka Dr. Siti Aminah Ramli, 46, dan Wan Azwan Shah Wan Zaki, 32, walaupun mereka tidak mengalami detik-detik kemanisan bercinta sebelum diijab kabul, kehidupan mereka kini tetap bahagia seperti pasangan lain.


Menurut Siti Aminah yang merupakan pengasas produk penjagaan kulit dan muka Reena’s Cosmetics, beliau tidak menyangka dipertemukan jodoh lagi, memandangkan dia sebelum ini berstatus ibu tunggal.


Mungkin sudah tertulis, jodohnya kali ini dengan seorang jejaka lebih muda.


“Saya tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga lagi. Yalah, saya sibuk menguruskan perniagaan.Tetapi sudah jodoh, saya terima,” ujarnya ketika ditemui S2 di kediamannya di Shah Alam, baru-baru ini.


Bercerita mengenai pertemuan dengan suaminya, jelas ibu dua cahaya mata ini, ia terjadi ketika berada di Holiday Villa, London. Suaminya yang ketika itu menetap di England terserempak dengannya di hotel tersebut tetapi Siti Aminah tidak perasan kehadiran suaminya.


Selepas kejadian itu, suaminya berusaha mendapatkan nombor telefonnya. Suaminya sanggup menyamar hendak menjadi stokis produknya semata-mata hendak berbual dengannya.Bermula dari situlah, mereka kerap berhubung walaupun setelah Siti Aminah kembali ke tanah air.


Bukan mudah untuk mendekati Siti Aminah kerana menurut anak kelahiran Sekinchan, Selangor ini, pada mulanya dia tidak sukakan suaminya apatah lagi menjawab panggilan dianggap tidak penting.


“Suami saya tidak berputus asa menelefon saya. Di awal perkenalan, saya terus terang tidak begitu menggemari perangainya, apatah lagi anggapan saya ketika itu dia masih kebudak-budakan.


“Bagaimanapun, setelah melihat kesungguhannya, saya terima lamarannya,” katanya ketawa.


Suaminya, Wan Azwan ketika diminta mengulas kisah mereka, katanya,dia sememangnya suka kepada wanita yang berusia. Ini kerana kebanyakan semua teman perempuannya berumur lebih tua daripada dirinya.


“Hendak berkawan dengan Siti Aminah bukanlah satu perkara yang mudah. Pada awalnya dia tidak mahu melayan saya, tetapi saya terus menelefonnya.


“Tetapi bagi saya, ia merupakan satu cabaran selain saya betul-betul suka padanya.


“Bayangkan, perhubungan kami pernah terputus dua tahun tetapi dalam masa yang sama, saya tidak pernah melupakannya,” katanya.


Akhirnya setelah pelbagai halangan dan rintangan dihadapi, penghujung tahun lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk bernikah. Mereka telah dinikahkan pada 1 Januari lalu dan Siti Aminah menganggap keputusannya tepat. Turut merestui adalah kedua-dua anak Siti Aminah. Ketika membuat keputusan itu, dia tidak pernah terfikir dirinya lebih berkuasa walaupun umurnya lebih tua daripada suaminya.


Malah, ulas Siti Aminah, dia tetap menghormati suaminya seperti pasangan lain, malah turut berbincang bersama sekiranya masing-masing mempunyai masalah. Bagi Siti Aminah dan Wan Azwan, mereka cuba melengkapi antara satu sama lain di samping memahami perwatakan masing-masing.


Pasangan ini tidak menafikan kebenaran pepatah, ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Bagaimanapun bagi pasangan ini jika timbul salah faham, ia akan ditangani dengan cara profesional melalui perbincangan suami isteri.


Artikel ini diambil dari utusan Malaysia..

Thursday, July 21, 2011

Yuna - Gelora Jiwa-lirik

POKOK - Meet Uncle Hussain Ft. Hazama dengan lirik | with lyric [HQ Audio]

Wednesday, July 20, 2011

Selamat Hari Keputeraan bagi Sultan Terengganu

Sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al- Muktafi Billah Syah yang ke 49 tahun.... klik di sni untuk melihat lebih detail mengenai Yang diPertuan Agong Malaysia yang ke 13 ini...

http://en.wikipedia.org/wiki/Mizan_Zainal_Abidin

Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkahwin dengan Sultanah Nur Zahirah dan dikurniakan 4 orang anakanda.... Sila klik di sini untuk dapatkan lebih informasi mengenai Raja Permaisuri Agong.....

http://en.wikipedia.org/wiki/Sultanah_Nur_Zahirah



Inilah keluarga bahagia Tuanku Mizan Zainal Abidin disamping isteri Tuanku Permaisuri Nur Zahirah dan anak-anak.... Anakanda yang pertama Tengku Nur Nadhirah, anakanda yang kedua iaitu Yang diPertuan Muda Terengganu Tengku Muhamad Isamail, anakanda yang ketiga Tengku Muhamad Muaz dan anakanda yang bongsu Tengku Fatimatuz Zahra....

Semoga Tuanku dan keluarga diraja Terengganu di rahmati dan dipanjangkan umur.....
Amin.......

Monday, July 18, 2011

Makanan yang jarang2 order kat kedai...

Roti Canai

Eh macam salah entri je Roti canai nie... sebab roti canai ni memang favorite aku... kalo lepak2 kat depan TNB memang makan roti canai kat kedai adik comei tu... sekali makan x pernah satu.. selalunya dua r... hahahaha....

Nasi Kerabu

Ini pun makanan yang jarang2 aku order... First time, aku tengok nasi kerabu ni.. aku terkejut gak... sebab nasi nya warna biru.. hehe... itupun aku makan kat sarawak.. masa duk trgganu x pernah lak aku order.. tetibe kat sana aku teringin lak makan... tapi best r...

Roti naan

Kalo tempat aku kami panggil roti tempayan... rasa nya sama jer.. kuah je kita boleh pilih.. ayam ke daging ke kambing ke... ada mcm2 pilihan.... yang mula2 perkenalkan roti nan kat aku adalah uncle aku iaitu ayah nik aku (hamdan salleh)

Dia beli kat pasar malam jer tapi memang best.. sampai x cukup aku makan.. ahaha.. siap ambik motor pergi beli dua lagi roti nan... aku?.. kalo bab makan memang sanggup.. nasib baik la pasar malam tu dekat je dgn tempat aku... x sampai 5 minit pun.. hehehe...

Nasi Dagang

Nasi Dagang yang paling best adalah nasi dagang dari negeri terengganu... ewah2.... negeri kelahiran aku la..... tapi memang x dinafikan nasi dagang yang sedap datangnya dari terengganu... huhu... Paling aku suka time Hari Raya sebab time ni mesti nenek aku buatkan.. hehehe..
sodap tau!!

Nasi Beriani

Dulu.. aku masih ingat.. kalo time lunch je mesti pergi ke Bistro utk mkn nasi beriani.. kdg2 Fahmi belanja makan.. sekarang ni dia da jadi tunang kepada kawan baik aku jugak,,, cik fadilah.. satu pasangan yang serasi... tapi sekarang da jarang2 makan nasi beriani di situ...

Mungkin sebab jadual waktu kelas x begitu mengizinkan aku lepak2 kat sana... hahaha

Mee Kung fu

Ini pun jarang2 aku order.. tapi memang sedap pun mee kung fu ni kalo cara buatnya betul... aku dan member aku lisa ambik resipi mee kung fu ni untuk pertandingan memask di kolej aku... hahaha kami saja2 je masuk.. suka2.. tapi saingan kami memang semua nya pandai2 masak..
So kami ambik ini sebagai satu cabaran jugak la... hahahah

Laksa Sarawak

Ni favorite aku masa di Sarawak... Kalo x makan di Pasar Satok.. mesti aku makan kat cafe kolej alamanda dlm UNIMAS..... best sgt2...


Aneka makanan di Malaysia

Nasi Goreng..

Nasi goreng yang best pernah aku makan adalah nasi goreng yang mak aku buat...... kedua, nenek aku buat.... nenek aku buat sedap walaupun agak pedas.... ketiga, bapak aku.... tapi bapak aku jarang2 masak r... dia guna rempah kari wat nasi goreng... hahaha... pe pun, mmg best!!

Mee Goreng.

Kalo kat Bistro kemaman.. aku dan member2 aku selalu lepak sana... pekena mee goreng mamak dia.. best sangat.. x sama dengan kedai lain.. tapi sejak akhir2, pekerja yg selalu masak tu da kene pulang ke indonesia.. so, mee goreng mamak da kurang sedap....

Hurmm,..
air tangan tukang masak tu x sama dgn tukang masak yg lain...
hehehe...

Nasi ayam

Kalo kat kemaman nie, Restoran Selera Alwie memang sedap.. kedai nya terletak di tepi jalan berhadapan dengan bank rakyat... mudah nk parking... (aku naik motor je lagi senang nk park) haha...

Satu lagi, di depan kolej yang aku mengajar la...
kedai abg Man... nasi ayam dia pun sedap!!

Nasi lemak.

Nasi lemak yang best kat sini adalah kat kedai Mak Teh
(haha.. memang la sebab aku selalu duk makan kat situ)

Satu lagi, depan waterfornt sungai Kemaman.. Kedai Teratak Simple.. pun sedap jugak!!
harga pun boleh tahan dan berbaloi-baloi kalo makan kat situ... hehehe

Ini antara makanan yang aku suka makan la sekitar kemaman nie....

Friday, July 15, 2011

3,2,1 Cinta Trailer


\

Filem 3,2,1 CINTA ini mengisahkan Sam (Siti Aishah Mohammad) , anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ.

Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

SAM dijaga oleh bapa tirinya dan mempunyai seorang adik tiri selepas bapanya meninggal dunia. Pada usia 15 tahun pula, mak Sam pula meninggal. Selepas itulah, dia mula bersikap kasar dengan bapa tirinya dan berpewatakan seperti lelaki.

Yang aku suka tentang watak Sam ni adalah dia BIJAK!! Bijak dalam matematik dan subjek yang lain. Sebelum dia masuk kolej tu ambik course Journalism, Sam ambik course Medic dan Law...... Walaupun sekadar watak, tapi aku suka!! hahaha

Diana amir bersama salah seorang krew....


Satu lagi yang aku suka, rambut sam!!

Comel kan Diana Amir bergaya!! hahaha

Mustapha kamal juga berlakon sebagai ayah tiri sam... huhuhu..

Ini pula krew dan pelakon 321 cinta... Gambar pengarahnya saja aku x ada..... haha... Pengarah cite ni: Azahari Zain..... Pensyarah di Uitm Puncak Perdana shah alam..... hahaha




Karnival Sukan Mahasiswa di kolej Teknolgi Bestari, Setiu Terengganu



Karnival Sukan Mahasiswa ini telah berlangsung di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Program ini dijalankan selama 3 hari (19-21 May 2011). Ianya disertai oleh sebahagian kolej2 swasta di pantai timur ini seperti Pahang (IKIP, Kolej Shahputra), Kelantan (Politeknik Kota Bahru) dan Terengganu (Tati, Ranaco) dan lain2....

Gambar ni, masa perlawanan Bola Tampar dengan Pasukan lawan iaitu pasukan tuan rumah KTB........ Meriah!! Hampir semua orang tengok sebab cara dan gaya diaorang main memang ada kelas gitu!! hahahaha

Masa rehat.... Masa untuk menyusun strategi !!

Para penyokong yang setia.. tetap bersemangat walaupun petag itu hujan lebat.... gelanggang pun masih basah... tapi semangat juang mereka sangat berkobar-kobar!!

Perlawanan diteruskan......... Hidup ranaco!!

Penyokong yang setia!!

Antara gelagat2 penyokong dan pemain.......

Perlawanan akhir Ranaco dengan Instep(Institut Teknolgi Petronas)

Pemain Ranaco bersalaman sebelum memulakan perlawanan yang sengit itu....... Cuma masa perlawanan sangat tidak sesuai... sebab da petang sangat2... da azan mahgrib da pun... apa la?

Ini pula gambar2 yang menunjukkan aksi2 selepas perlawanan....... agak kecewa walaupun mendapat tempat kedua.. tapi pemain telah bermain dengan penuh semangat... saya bangga dengan semua pemain!! hahaha

Cik Lisa menyampaikan hadiah tempat ke-3 bagi acara Futsal Wanita.... Satu permainan yang menarik dan Kelab Futsal Ranaco berjaya mara ke peringkat separuh akhir....
Dari kiri atas : Nas dan Mia
Dari kiri bawah : Yaya dan Zeti

Futsal wanita terdiri daripada 8 orang... 4 orang lagi adalah dari kiri atas: Angah dan Amal
dari kiri bawah pula adalah Abey dan kapten pasukan Lidiawati....

Ini pula adalah penyampaian bagi acara bola tampar lelaki yang berjaya mendapat tempat kedua naib johan selepas tewas kepada INstep........

Antara reaksi2 gembira selepas meraihkan kemenangan dalam beberapa acara...
Ehem2 Cik lisa & angah!! hahaha

Ini pula penyampaian bola sepak takraw...... Pingat disampaikan oleh En Fariza selaku koordinator bagi sepak takraw.......

Ini adalah sebahagian daripada pemain bola tampar lelaki Ranaco...
Hadiah disampaikan oleh En Dongky Ayesman......

Ini pula penyampaian pingat oleh cik Fatimi selaku wakil HEP kepada pemain bagi kategori Futsal Lelaki......



Wednesday, July 13, 2011

Bruno Mars - Grenade [Official Music Video]

Bruno Mars - The Lazy Song [Official Video]